1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Industri insurans Malaysia bersedia memasuki fasa transformasi besar melalui inisiatif kerajaan RESET, termasuk pengenalan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) serta mekanisme harga berasaskan kumpulan diagnostik (DRG) bagi mengawal peningkatan kos perubatan.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan Banci Ekonomi 2026 (BE2026) buat pertama kali diperluaskan bagi merangkumi sektor informal yang semakin penting dalam ekosistem ekonomi negara, termasuk perniagaan dalam talian, penjaja kecil, inap desa, pekerja gig dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd sedang mencari jalan bagi mengintegrasikan perbankan Islam di seluruh rantau ini bagi memacu pertumbuhannya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shahriman Mohd Shariff.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pengukuhan ringgit dijangka tidak memberi kesan signifikan terhadap prestasi eksport dan imbangan perdagangan negara, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Tindakan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengehadkan kuasa unilateral presiden dalam urusan tarif sepertimana diputuskan pada Jumaat, dijangka memacu pemulihan ekonomi global serta sentimen pasaran, termasuk Malaysia.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung minggu depan apabila peniaga antarabangsa kembali selepas cuti Tahun Baharu Cina, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka menunjukkan aliran meningkat minggu depan, memandangkan hujan lebat berterusan di seluruh wilayah pengeluar utama, sekali gus menjejaskan produktiviti getah, kata pakar industri Denis Low.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih rendah hari ini didorong oleh aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan kenaikan kukuh pada Khamis, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, dipengaruhi oleh aliran bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup lebih tinggi pada Khamis selepas cuti umum selama dua hari disusuli lonjakan harga minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT) dan niaga hadapan tenaga di Chicago Mercantile Exchange (CME).
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini sejajar dengan aliran meningkat niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang kukuh, kata peniaga.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin berikutan permintaan yang dijangka lemah dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata peniaga.