1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi, sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang optimis, walaupun sentimen kekal berhati-hati susulan perkembangan yang sedang berlaku di Selat Hormuz.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur mengambil langkah berhati-hati walaupun terdapat kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas didorong ketidaktentuan berpanjangan di Asia Barat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada Isnin.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur mencari perlindungan dalam aset selamat, dengan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu dilihat sebagai antara cara untuk mengekalkan nilai modal.
3hari ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pembukaan semula Selat Hormuz dijangka memberi tekanan penurunan terhadap harga minyak global dalam tempoh terdekat dan meredakan segera kebimbangan bekalan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Centre for Market Education Dr Carmelo Ferlito.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Langkah Iran membuka semula Selat Hormuz adalah berita yang dialu-alukan tetapi masih terlalu awal untuk meraikannya berikutan situasi keselamatan masih tidak stabil dengan kos insurans yang tinggi, kata Penolong Profesor Ekonomi Perniagaan di Fakulti Sains Sosial Universiti Nottingham Malaysia Dr Tan Chee Meng.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pasaran getah dijangka lengang dengan cenderung untuk bergerak mendatar dan lebih rendah pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami penstabilan dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, di tengah-tengah bekalan yang mencukupi dan penyederhanaan harga tenaga.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan aliran meningkat, disokong oleh sentimen global yang lebih baik dan kebimbangan geopolitik yang mereda.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Faktor luaran dijangka kekal dominan dalam mempengaruhi pergerakan ringgit yang diunjur diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Malaysia akan terus beralih ke arah tenaga boleh baharu (RE) dan mengekalkan asas stabil dalam sistem tenaga yang akan menjadi peneraju kestabilan negara pada masa depan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
4hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, masih terkawal dan bersifat sementara dengan kenaikan itu sebahagian besarnya didorong oleh faktor kos luaran dan bukannya daripada permintaan domestik yang menyeluruh.