1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keputusan kewangan suku ketiga 2025 mencatatkan prestasi lebih baik berbanding suku kedua, menyokong sentimen pasaran berikutan pendapatan meningkat dalam sektor teknologi dan sarung tangan getah - kedua-duanya mencatatkan prestasi lemah pada separuh pertama 2025.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan berikutan bermulanya musim Monsun Timur Laut, kata pakar industri Denis Low.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Pengeluaran getah asli susut sebanyak 14.8 peratus kepada 26,647 tan pada September 2025 daripada 31,285 tan pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pasaran getah dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan berikutan petunjuk global yang bercampur-campur yang terus mempengaruhi sentimen, menurut Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen pelabur yang positif susulan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang bersejarah yang dimeterai semalam antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- CGS International menjangkakan margin pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pengeluar sarung tangan Malaysia akan kekal lemah pada kadar US$0.50 bagi setiap 1,000 helai pada 2024 dan pemulihan ke paras sebelum COVID-19 sebanyak US$3 bagi setiap 1,000 helai dijangka tidak berlaku sebelum 2028.
2bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami dagangan yang tidak banyak berubah dengan kecenderungan meningkat serta sentimen berhati-hati kalangan peniaga, kata pakar industri Denis Low.
3bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka meningkat minggu depan berikutan kekangan bekalan akibat keadaan cuaca buruk khususnya di negara pengeluar getah utama iaitu Thailand dan Malaysia, kata Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup lebih rendah pada tengah hari ini seiring dengan prestasi lemah di keseluruhan pasaran serantau, apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman Belanjawan 2026 petang ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berharap agar bayaran balik cukai bagi lebihan pembayaran dapat dipercepatkan untuk menambah baik aliran tunai dan meningkatkan kecekapan operasi.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd kembali mencatatkan keuntungan dengan keuntungan bersih sebanyak RM109.07 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos 2025 daripada kerugian bersih sebanyak RM64.88 juta pada tahun sebelumnya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli pada Ogos 2025 menurun sebanyak 12.8 peratus kepada 31,285 tan berbanding 35,884 tan pada Julai 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).