Terdapat 92 berita berdasarkan kata kunci carian "sikh shamsul ibrahim"

Kejayaan Tarik Potensi Pelaburan RM12.79 Bilion Di Ekspo Osaka Cermin Keyakinan Syarikat Jepun - MIDA

OSAKA, 28 Okt (Bernama) -- Kejayaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menarik potensi pelaburan bernilai RM12.79 bilion daripada syarikat Jepun di Ekspo 2025 Osaka menandakan keyakinan kukuh mereka terhadap ekosistem perindustrian Malaysia.

MIDA, CIMB Bekerjasama Pacu Pertumbuhan Mampan, Tingkat Daya Saing Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan CIMB Bank Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mempercepatkan pelaburan bernilai tinggi dan mampan, mendalami ekosistem perindustrian dan meningkatkan daya saing Malaysia.

MIDA Raih Potensi Pelaburan Hijau Bernilai RM7.3 Bilion Di IGEM 2025

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meraih potensi pelaburan hijau bernilai RM7.3 bilion semasa Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2025.

MIDA, Maybank Bekerjasama Jadikan Malaysia Hab Pelaburan Global

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Maybank menjalin kerjasama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama global.

MIDA, JETRO Bekerjasama Susulan Expo 2025 Osaka Jana Petunjuk Pelaburan RM12.79 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (Jetro) memeterai perjanjian selama tiga tahun yang bertujuan memperkukuh mekanisme promosi pelaburan dua hala bagi kedua-dua negara.

UPS Buka Pusat Pembungkusan Baharu Di Pulau Pinang, Perluas Hab Lapangan Terbang

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- United Parcel Service (UPS), iaitu sebuah syarikat logistik global  telah membuka pusat pembungkusan baharu seluas 20,000 kaki persegi di Taman Sains Pulau Pinang Utara, Pulau Pinang.

MIDA, MEIF Meterai MoU Untuk Perkukuh Jentera Dan Ekosistem Kejuruteraan

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persekutuan Industri Jentera dan Kejuruteraan (MEIF) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mengukuhkan ekosistem jentera dan kejuruteraan.

MIDA, Dunham-Bush Pacu Penyelesaian Penyejukan Lestari Pusat Data Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Dunham-Bush Industries Sdn Bhd, antara pengeluar sistem pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara (HVAC) paling lama ditubuhkan di Malaysia menganjurkan seminar berkaitan pusat data (DC) hari ini dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Sakura Ferroalloys Labur RM487.5 Juta Bina Kilang Sinter, Projek Salamander

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Sakura Ferroalloys Sdn Bhd mengumumkan tiga pencapaian utamanya iaitu pembukaan kilang sinter yang baru dibina dan penukar feromangan ditapis dengan jumlah pelaburan sebanyak RM487.5 juta, serta pemegang saham keempatnya, JFE Mineral & Alloy Co Ltd.

Pengembangan RM3 Bilion X-Fab Di Sarawak Perkukuh Hab Semikonduktor Global

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- X-Fab, peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog/isyarat campuran dan khusus hari ini melancarkan pengembangan kemudahan pembuatan semikonduktornya di Sarawak bernilai RM3 bilion.

MIDA Hubungkan Modal Dengan Idea Untuk Pacu Transformasi Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkukuhkan peranan pentingnya dalam memacu usaha Malaysia untuk menjadi hab ASEAN bagi inovasi, kemampanan dan industri maju dengan menghubungkan perniagaan dan pelabur melalui "Investment Pitching Day" 2025.

Scanfil Labur RM15.8 Juta Untuk Kembang, Majukan Fasiliti Pembuatan Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Scanfil, syarikat pembuatan elektronik tersenarai terbesar di Eropah, telah melabur RM15.8 juta untuk mengembangkan serta memodenkan fasiliti SRX Global (Malaysia) Sdn Bhd di Johor Bahru, Malaysia, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.