1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Malaysia akan memberi keutamaan kepada peningkatan memudah cara perdagangan dalam kalangan negara ASEAN dan mengukuhkan kesalinghubungan pasaran modal ASEAN, mengiktiraf kepentingan strategik pasaran modalnya susulan negara bersiap sedia untuk mempengerusikan ASEAN pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada penurunan pada minggu lepas untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah walaupun prestasi lemah di Wall Street dan kebanyakan bursa serantau lain, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) akan mengadakan program tahunan Kemampanan Tenaga & Peralihan dan Wawasan kepada Jurutera Siswazah (PRESTIGE) 2024 bertujuan untuk merapatkan pengetahuan akademik dengan industri tenaga.
1tahun ago
LABUAN, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM50 juta untuk perbelanjaan mengurus bagi Labuan di bawah Belanjawan 2025, mengekalkan jumlah yang sama seperti Belanjawan 2024, dengan RM32.917 juta dikhaskan bagi tujuh projek pembangunan.
1tahun ago
KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) dan industri kewangan menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak selama tiga hari, bermula semalam.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran ketidaktentuan ekonomi global dan kebimbangan geopolitik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Meskipun tiada pembangunan projek mega diumumkan pada Belanjawan 2025, namun projek mega yang sedang berjalan dilihat akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kementerian Ekonomi komited untuk memastikan keseluruhan kawasan fasa satu Kedah Rubber City (KRC) diduduki pihak industri dalam tempoh setahun, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis walaupun mencatatkan kenaikan semasa sesi dagangan awal, mencerminkan sentimen serantau yang lemah selepas ekuiti global memberikan petunjuk negatif dalam tempoh semalaman.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mengumumkan 13 finalis terbaik untuk program 2024 BizSmart Challenge Accelerator Edition yang dipilih daripada 593 pemohon.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum belian yang dicatatkan hampir sepanjang hari dagangan untuk ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan saat-saat akhir di tengah-tengah prestasi lemah pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.