BERITA TERKINI   CEO perniagaan telekomunikasi Axiata Group Dr Hans Wijayasuriya akan lepas jawatan pada Januari 2025, bakal teraju transformasi digital Sri Lanka | Monsun Timur Laut: Hujan lebat berpotensi di Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah pada Jan-Feb 2025 - KP MetMalaysia | Fasa awal Monsun Timur Laut dari Nov-Dis 2024, hujan lebat dijangka di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah - KP MetMalaysia | Monsun Timur Laut dijangka bermula 5 Nov hingga Mac 2025, lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku - KP MetMalaysia | 

Terdapat 630 berita berdasarkan kata kunci carian " dat"

Malaysia, Gerbang Utama Eksport Taiwan Ke Negara Asia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia berfungsi sebagai pintu masuk utama untuk eksport Taiwan ke negara-negara Asia memandangkan wujud banyak persamaan dalam perjalanan pembangunan mereka, kata Timbalan Datuk Bandar Kaohsiung, Charles Lin.

Pertumbuhan Hutang Kerajaan Persekutuan Dijangka Turun Kepada 7.5 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Trend pertumbuhan hutang kerajaan Persekutuan dijangka terus berkurang kepada sekitar 7.5 peratus mengakhiri 2024 berbanding 8.6 peratus pada 2023 dan 10.2 peratus pada 2022, kata Kementerian Kewangan.

BIMP-EAGA Perlu Terus Perkukuh Kerjasama Tangani Jurang Pembangunan

KOTA KINABALU, 16 Okt (Bernama) -- Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) perlu terus memperkukuh kerjasama menangani jurang pembangunan, kata Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Jualan Kenderaan Elektrik Berkuasa Bateri Melonjak 112 Peratus Pada Separuh 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sebanyak 6,617 kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) dijual pada separuh pertama 2024, melonjak 112 peratus daripada 3,117 unit dalam tempoh yang sama pada 2023, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ringgit Ditutup Tinggi, Disokong Sentimen Positif Menjelang Belanjawan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama yang lain hari ini, dipacu oleh sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan Jumaat ini, kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Invest Selangor Sasar 10 Syarikat Sertai Program Perkongsian Makmalnya Menjelang Akhir 2024

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan sebanyak 10 syarikat berasaskan sains hayat menyertai Program Perkongsian Makmal Selangor menjelang akhir tahun ini.

Pembangunan Kluster Dalam Pembuatan Di Wilayah Tengah Perlu Dijadikan Inisiatif Strategik - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pembangunan kluster industri khusus dalam sektor pembuatan di Wilayah Tengah perlu dijadikan inisiatif strategik Kerajaan MADANI untuk memperkukuh kedudukan negara sebagai hab pelaburan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SC Laksana Peranan Aktif, Sumbang Kepada Taksonomi ASEAN - Pengerusi

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terlibat secara aktif dalam  menyumbang kepada Taksonomi ASEAN melalui Lembaga Taksonomi ASEAN yang dianggotai kalangan bank pusat, pihak kawal selia sekuriti dan kawal selia insurans.

Belanjawan 2025: - Sokongan Ke Atas Sektor OGSE Akan Melonjakkan Pertumbuhan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) yakin Belanjawan 2025 akan mewujudkan persekitaran yang menyokong sektor perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) untuk meneruskan trajektori pertumbuhan selepas pulih daripada tahun-tahun mencabar sebelum ini.

MoU Antara MIDA Dan MTUN Tingkatkan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi Malaysia

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN), hari ini menjalin kerjasama untuk meningkatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi di Malaysia melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU).

Pelaburan Direalisasi NCER Berjumlah RM48.25 Bilion Bagi Jan-Sept 2024 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya mencatatkan pelaburan direalisasi berjumlah RM48.25 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.