5bulan ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran
KOTA TINGGI, 25 Feb (Bernama) -- Pasukan Petugas Peringkat Tinggi ke-47 mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) yang bersidang untuk hari kedua hari ini menggariskan keperluan bagi ASEAN untuk mempercepatkan usaha memperdalam perdagangan dan pelaburan intra-serantau agar daya tahan ekonomi boleh dipertingkatkan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia komited untuk menjadikan ASEAN sebagai peneraju global dalam kewangan mampan dan akan menyokong kerjasama yang lebih baik dalam pembiayaan hijau, jaringan tenaga serantau dan perluasan rangka kerja pelaburan mampan.
5bulan ago
HANOI, 25 Feb (Bernama) -- Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam pada 2024 menokok sebanyak 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion (RM83.11 bilion) daripada US$17.38 bilion pada tahun sebelumnya yang memaparkan peningkatan dagangan dua negara anggota ASEAN itu.
5bulan ago
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC) yang beribu pejabat di Singapura mengadakan majlis pecah tanah hari ini bagi kemudahan pusat data pertamanya di Johor.
5bulan ago
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Pasukan Petugas Peringkat Tinggi Mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) ke-47 selama dua hari, bermula di Pusat Konvensyen Desaru Coast hari ini bagi membincangkan agenda strategik, termasuk perkembangan ekonomi di peringkat serantau dan global.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Penganjuran Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-31 pada 28 Feb ini di Desaru, Johor akan membincangkan pelbagai perkara penting bagi integrasi ekonomi ASEAN, khususnya di bawah tema keterangkuman dan kemampanan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Malaysia sebagai pengerusi ASEAN memberikan peluang untuk memacu agenda ASEAN, dengan memberi tumpuan kepada pertumbuhan inklusif, pembangunan mampan dan kerjasama serantau yang lebih baik, menurut RHB Investment Bank Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- ASEAN komited untuk terus menyumbang secara konstruktif bagi memperkukuh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), termasuk menerusi penglibatan dengan negara anggota lain serta pelbagai pihak berkepentingan di platform yang ada.
6bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) yang dipantau oleh Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IR), menggariskan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan dan penerimagunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan blockchain.
6bulan ago
SINGAPURA, 18 Feb (Bernama) --Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong hari ini membentangkan Penyata Belanjawan 2025 republik itu yang bertujuan untuk memajukan agenda Forward Singapore.