Terdapat 234 berita berdasarkan kata kunci carian " kerjasama strategik"

PR1MA, CelcomDigi Bekerjasama Transformasi Rumah Dengan Penyelesaian Bandar Pintar

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk mentransformasikan rumah PR1MA dan pembangunan komersial dengan penyelesaian bandar pintar.

Pestech Cadang Terbitan Saham Terhad Kepada Dhaya Maju Bernilai RM160 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pestech International Bhd (Pestech) memeterai perjanjian langganan bersyarat dengan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) untuk cadangan terbitan terhad saham syarikat bernilai RM160 juta.

Kerjasama UPM-NXP Pacu Daya Saing Malaysia Dalam Pasaran Semikonduktor Global

SERDANG, 3 Okt (Bernama) -- Universiti Putra Malaysia (UPM) dan syarikat semikonduktor NXP Malaysia memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) bagi menjalin kerjasama strategik untuk meningkatkan pertumbuhan industri semikonduktor dan elektronik Malaysia.

Pelaburan Oracle Cerminkan Keyakinan Syarikat Teknologi Global Terhadap Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Keputusan pelaburan oleh Oracle mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Sedia Terajui ASEAN Dalam Pembangunan AI Melalui Kerjasama Strategik - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia akan menjalin kerjasama dengan peneraju industri dan meningkatkan kolaborasi dalam kalangan pihak berkepentingan sebagai usaha untuk menjadi negara yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI) terkemuka di ASEAN.

500 Syarikat China Dijangka Sertai Sidang Kemuncak Malaysia-China Disember Ini

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) – Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) pada Disember ini, dijangka menarik penyertaan 500 syarikat China yang mahu menjalin kerjasama perdagangan dan pelaburan baharu dengan rakan di negara ini.