BERITA TERKINI   PM Anwar arah semua aktiviti kementerian, agensi dan badan berkanun dilaksana pada skala sederhana. - Fahmi | Isu pentadbiran Negeri Sembilan: PM Anwar tegaskan Kerajaan Persekutuan tidak akan campuri urusan adat - Fahmi | Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa - Aminuddin | Bekas pemimpin parti politik Johor parah dipercayai tertembak diri sendiri semasa proses mengosongkan senjata di Lapang Sasar Ladang Rem, Kota Tinggi petang semalam - Ketua Polis Johor | SkyeChip Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama sasar raih RM352 juta melalui IPO | 

Terdapat 245 berita berdasarkan kata kunci carian "sunway"

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Khamis, seiring dengan pasaran serantau dan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terutama dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada tengah hari, didorong oleh kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian, telekomunikasi dan media serta perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Naik Melebihi Paras 1,600 Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.

Pas MyTourist Dilancar, Mudahkan Akses Pengangkutan Awam Untuk Pelancong

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melalui Rapid KL hari ini melancarkan pas MyTourist yang direka khas untuk memudahkan pelancong domestik dan antarabangsa menikmati pengangkutan awam di ibu kota.

Sunway Malls Unjur Pertumbuhan 5 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Pemilik dan pengendali pusat beli-belah terbesar Malaysia, Sunway Malls mengunjurkan pertumbuhan lima peratus tahun ini, didorong oleh prestasi kukuh pada separuh pertama 2024 dan inisiatif penambahan aset iaitu Oasis di Sunway Pyramid yang mula beroperasi.

TGIF Malaysia Tidak Terjejas Dengan Penyusunan Semula TGIF Inc

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) --TGI Fridays (TGIF) Malaysia memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa restoran francais tempatan itu kekal beroperasi sepenuhnya dan tidak terjejas oleh pemfailan Chapter 11 (bankrap) oleh TGIF Inc. di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Batu Kawa Berpotensi Dibangunkan Seperti Bandar Sunway - Abang Johari

KUCHING, 28 Okt (Bernama) -- Kawasan Batu Kawa yang terletak kurang 10 kilometer (km) dari bandar raya ini berpotensi untuk dibangunkan seperti Bandar Sunway di Lembah Klang, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg. 

Sentimen Berhati-hati, Pemilihan Presiden AS Dorong Bursa Ditutup Rendah

Oleh Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah dalam persekitaran berhati-hati berikutan minggu yang sarat dengan pengumuman data ekonomi serta kebimbangan berterusan mengenai pemilihan presiden Amerika Syarikat (AS).

TransNusa, Tiga Pusat Perubatan Malaysia Bekerjasama Dalam Pelancongan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan Indonesia, PT TransNusa Aviation Mandiri (TransNusa) memeterai perjanjian dengan Pusat Perubatan Sunway dan Asia OneHealthCare bagi menyediakan pilihan penjagaan kesihatan tambahan kepada penumpangnya selain memperluas operasi ke dalam industri pelancongan kesihatan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Pembelian Sederhana Semasa Harga Murah

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila pembelian sederhana semasa harga murah muncul dalam kebanyakan saham wajaran tinggi yang diterajui oleh saham produk dan perkhidmatan pengguna serta perindustrian, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Sejajar Dengan Kebanyakan Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi lemah yang dialami pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global dalam tempoh semalaman dengan penjualan besar-besaran saham teknologi, kata penganalisis.