Terdapat 3183 berita berdasarkan kata kunci carian " stra"

Untung Bersih Greatech Technology Meningkat Kepada RM154.99 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Greatech Technology Bhd (Greatech) meraih keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM154.99 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2024 (TK2024) daripada RM154.36 juta dalam TK2023.

Persidangan Kesediaan IPO Bantu PKS Meneroka Peluang Bagi Penyenaraian Awam

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Persidangan The Scaling Heights: The IPO Readiness menjadi platform bagi pemilik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) meneroka tahap kesediaan bagi mengumpul dana daripada pasaran modal, selain peluang dan cabaran untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO).

IMFC-J Jadi 'Game Changer' Dalam Landskap Pelaburan Johor - Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 18 Feb (Bernama) -- Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia di Johor (IMFC-J) muncul sebagai ‘game-changer’ (pencetus perubahan) dalam landskap pelaburan Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

MDEC Sasar Sumbangan Ekonomi Digital 25.5 Peratus Kepada KDNK Malaysia Pada Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.

EPIC Berhad Raih Pendapatan RM403.8 Juta Pada 2024, Tertinggi Dalam Sejarah Syarikat

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC Berhad) anak syarikat kerajaan negeri Terengganu meraih pendapatan berjumlah RM403.8 juta bagi tahun kewangan 2024, yang merupakan pencapaian tertinggi dalam sejarah syarikat.

JHT Semiconductor Buka Fasiliti Pembuatan Tercanggih Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- JHT Semiconductor Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh JHT Design Co Ltd, secara rasmi telah membuka fasiliti pembuatannya di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 15 Feb lepas.

Untung Bersih Tahun Kewangan 2024 Maxis Naik 40.6 Peratus Kepada RM1.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan hasil yang lebih kukuh dan pengoptimuman kos.

Forum Perniagaan Dan Ekspo Mutiara Afrika 2025 Sasar Potensi Dagangan, Pelaburan AS$5 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Forum Perniagaan dan Ekspo Mutiara Afrika 2025 meramalkan potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak US$5 bilion (US$1=RM4.425) termasuk dalam penerokaan minyak dan gas.

OCBC Bank Lancar Pusat Pelanggan Persendirian Premier Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd secara rasmi melancarkan Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar sebagai pusat utama untuk menggandakan bilangan pelanggan premier di negara ini dalam tempoh lima tahun.

Pembinaan Loji Penyimpanan Dan Penapisan Petroleum Di SOGIP, Sabah Bermula April Ini

KOTA KINABALU, 18 Feb (Bernama) -- Usaha pembinaan bagi projek loji penyimpanan dan penapisan minyak petroleum di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), kira-kira 144 kilometer dari sini, dijangka bermula pada April ini.

Hong Leong Asset Umum Agihan Pendapatan RM241 Juta Bagi 7 Dana

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Hong Leong Asset Management Bhd (HLAM) mengisytiharkan pengagihan pendapatan bernilai RM241 juta bagi tujuh dana bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis, 2024.

Malaysia Terus Ambil Langkah Proaktif Pastikan Kepentingan Ekonomi, Perdagangan Kekal Kukuh

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh di persada antarabangsa, menurut Kementerian Luar.