Terdapat 2638 berita berdasarkan kata kunci carian " mengukuh"

Hubungan Ekonomi AS-Malaysia Wujudkan 312,000 Pekerjaan Baharu - Kaunselor Ekonomi

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia telah berkembang dengan pesat sepanjang dekad yang lepas, dengan lebih 312,000 peluang pekerjaan diwujudkan, menjadikannya sebagai sumber utama pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia.

Kerajaan Pastikan Belia Peroleh Akses Pekerjaan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memastikan belia memperoleh akses kepada pekerjaan yang sepadan dengan latihan mereka dan tiada wilayah yang terpinggir daripada mendapat pendedahan digital.

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Pemilihan Presiden AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga mendatar pada minggu depan dalam julat 4.34-4.35 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran menunggu pemilihan presiden negara maju itu pada 5 November ini.

Malaysia Jadi Penghubung BRICS Dan ASEAN Bagi Pacu Kerjasama

Oleh Abdul Hamid A.Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Ringgit terus mencatat momentum positif untuk diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, disokong oleh permintaan belian yang berterusan berikutan lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang dari negara-negara pesat membangun, termasuk ringgit, kata penganalisis.

Kementerian Digital Cadang Penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital Dan Keselamatan Data

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kementerian Digital mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data (SKDKD) pada separuh pertama 2025.

Kerajaan Akan Terus Tumpu Usaha Tingkat Penggunaan Ringgit Bagi Penyelesaian Antarabangsa - MITI

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan penggunaan mata wang tempatan bagi penyelesaian antarabangsa dan menambah baik mekanisme sedia ada dengan negara strategi dari semasa ke semasa.

Kerjaya Prospek Group Raih Dua Kontrak Bernilai RM34.43 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (Kerjaya) meraih dua kontrak bernilai RM34.43 juta daripada anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Property Bhd (KPPB), syarikat milik pengarah dan pemegang saham utama tertentu Kerjaya.

Belanjawan 2025: Peruntukan Pertanian Dijangka Rangsang Industri Beras Sabah

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Industri beras Sabah dijangka menerima banyak manfaat daripada pelbagai inisiatif pertanian yang diumumkan dalam Belanjawan 2025, kata Prof Madya Dr Bonaventure Boniface dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Kenanga Investment Kekalkan Unjuran KDNK 2024 Pada 5.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.0 peratus untuk 2024 selain menjangkakannya menjadi sederhana kepada 4.8 peratus pada 2025.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga pada Rabu dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), biarpun sentimen berhati-hati ketara susulan perkembangan ekonomi global.