1tahun ago
MELAKA, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan Melaka menyasarkan 70 peratus daripada 186 hektar Taman Teknologi Jerman (GTP) yang dalam pembinaan di Ayer Keroh, di sini akan diisi pelabur dalam tempoh dua tahun akan datang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang melihat untuk mempunyai kad skor yang jelas yang tertumpu kepada pelaburan serta insentif berkualiti tinggi agar sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Capital A Bhd mempunyai ekuiti yang positif dan optimis dapat keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang akhir Disember tahun ini.
1tahun ago
DUBAI, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia memberi impak ketara pada acara Expand North Star 2024 (ENS 2024) dari segi kemampuan ekonomi digitalnya di sini menerusi pavilion berkeluasan 120 kaki persegi yang menampilkan 15 syarikat teknologi tempatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang giat memetakan laluan inovatif dan strategik, menghubungkan pelabur serta peserta industri dengan bakat tempatan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di Pameran Teknologi Maklumat Teluk (GITEX) Global 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperuntukkan dana RM100 juta kepada platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) terkemuka di Malaysia, dengan bahagian terbesar diberikan kepada microLEAP.
1tahun ago
KUCHING, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) dan Mygro Trading Sdn Bhd bagi penyelidikan bahan mentah alternatif untuk formulasi makanan ternakan berasaskan sawit serta mencegah ancaman penyakit tanaman.
1tahun ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).