1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua hari ini, dipacu oleh data negara maju itu yang lemah serta keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar pinjaman utamanya sebanyak 25 mata asas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup dengan melonjak kepada paras 4.10 berbanding dolar AS pada Khamis, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun dan enam bulan selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah buat kali ketiga pada tahun ini, yang menjejaskan dolar AS.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan.
1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan penurunan harga minyak mentah dan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan ringgit mengukuh berbanding dolar AS, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan simpanan stok yang meningkat akan terus mengehadkan harga minyak sawit mentah (MSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) tidak pernah menuntut atau membangkitkan isu hak bumiputera sebagai satu daripada klausa dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia-AS, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 11.4 peratus kepada 29,673 tan pada Oktober 2025 daripada 26,647 tan pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada sesi pagi, disokong sentimen pasaran yang lebih positif susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan seiring dengan kenaikan pasaran Wall Street semalaman.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Penganalisis menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar penanda aras pada 2.75 peratus pada 2026 walaupun bank pusat Amerika Syarikat membuat pengurangan kadar terbaharu.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, didorong oleh keyakinan di pasaran serantau dan peningkatan di Wall Street berikutan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.