3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd menandatangani perjanjian rangka kerja pelaburan bersama dengan Brookfield CTF Asia Holdings Pte Ltd (BF) untuk membangunkan, membina dan mengoperasi projek solar berskala utiliti dan penstoran tenaga bateri 1.5 gigawatt (GW) di Malaysia.
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat lebih kecil namun cenderung meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan ketika pelabur meneliti aliran dagangan susulan keputusan negara maju itu menurunkan kadar faedah utamanya.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka stabil pada sekitar paras 1,600 minggu depan apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman data utama luaran.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka mencapai sasaran jualan mencecah RM4.5 bilion, berdasarkan maklumat awal Program Penyumberan Antarabangsa (INSP), kata Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Eksport halal Malaysia mencecah US$7 bilion (US$1=RM4.19) pada separuh pertama 2025, iaitu 16.1 peratus daripada eksport negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi pada Rabu, mencecah paras tertinggi hampir setahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang keputusan kadar faedah AS yang akan diumumkan lewat hari ini, kata seorang ahli ekonomi.
4bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu dagangan singkat dengan lebih positif hari ini, didorong oleh jangkaan ketara terhadap kemungkinan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara maju itu, lewat malam ini.
4bulan ago
Oleh Zairina Zainudin
KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Malaysia telah melaksanakan langkah yang sewajarnya untuk menjadikan teknologi kereta hidrogen sebagai keutamaan negara dalam inisiatif tenaga bersih di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka dalam dagangan kecil pada minggu depan susulan aktiviti suram akibat minggu dagangan yang singkat, kata peniaga.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Cabang penyelidikan dan anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), PNB Research Institute Sdn Bhd (PNBRI), hari ini melancarkan laporan bertajuk “Realiti dan Prospek Kelestarian dalam Kalangan Pekebun Kecil Sawit di Malaysia” yang menekankan cabaran semasa dan akan datang dalam amalan kelestarian.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- X-Fab, peneraju global dalam pembuatan semikonduktor analog/isyarat campuran dan khusus hari ini melancarkan pengembangan kemudahan pembuatan semikonduktornya di Sarawak bernilai RM3 bilion.