Terdapat 521 berita berdasarkan kata kunci carian " pendidikan"

PM Anwar Seru Nilai Kemanusiaan Teras Dalam Pembangunan Ekonomi, Teknologi

ISKANDAR PUTERI, 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pertumbuhan ekonomi berlandaskan etika, budaya dan kemanusiaan walaupun negara sedang memanfaatkan kemajuan teknologi yang pesat.

JS-SEZ Bantu Johor Jadi Hab Inovasi, Pelaburan Serantau

ISKANDAR PUTERI, 18 Jun (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) muncul sebagai asas transformasi Johor sebagai kuasa besar serantau generasi akan datang, dengan negeri itu menawarkan cadangan nilai yang menarik kepada pelabur global dalam kecerdasan buatan (AI), pusat data dan industri bernilai tinggi.

Laporan WEF: 65 Peratus Negara Catat Peningkatan Prestasi Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks Peralihan Tenaga Forum Ekonomi Dunia (WEF) menunjukkan kemajuan terpantas sejak sebelum pandemik COVID-19, dengan 65 peratus daripada negara yang ditinjau mencatatkan peningkatan.

Semakan SST: Kutipan Cukai Dijangka Bertambah RM5 Bilion Pada 2025, RM10 Bilion Pada 2026

PETALING JAYA, 18 Jun (Bernama) -- Jumlah kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diunjur bertambah sebanyak RM5 bilion bagi 2025 dan RM10 bilion pada 2026 selepas pelaksanaan semakan dan peluasan skop yang bermula 1 Julai ini.

Senai Airport City Tarik Pelaburan RM8 Bilion, Komited Bangunkan Tenaga Kerja Johor

Oleh Hasnah Jusid

JOHOR BAHRU, 17 Jun (Bernama) – Senai Airport City (SAC) telah menarik kira-kira 160 pelabur, dengan jumlah pelaburan komited menghampiri RM8 bilion.

BNM Rancang Jadikan Pendidikan Literasi Kewangannya Wajib Kepada Belia

KUALA LUMPUR,  17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) merancang untuk menjadikan program literasi kewangannya, yang dikenali sebagai Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) Proaktif mandatori kepada belia.

Dasar Jelas, Kestabilan Politik Kunci Raih Ranking Tinggi Daya Saing Global – Pakar Ekonomi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kedudukan daya saing global Malaysia bergantung kepada kestabilan politik dan pelaksanaan dasar yang konsisten, terutamanya kerana keputusan tidak popular kadangkala diperlukan untuk mengoptimumkan peruntukan sumber dan mengukuhkan struktur ekonomi negara.

TNB: Kekukuhan Hari Ini, Jaminan Masa Depan Lebih Cerah

KUALA LUMPUR, 16 Jun  (Bernama) -- Bekalan tenaga elektrik adalah antara perkara yang kurang difikirkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia — sehinggalah ia terputus.

Peluasan SST, Peluang Strategik Untuk Kesiapsiagaan Perniagaan - MAICCI

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai 2025, dilihat sebagai langkah sesuai dan strategik memberikan perniagaan, terutamanya syarikat diterajui wanita, kejelasan dan ruang untuk memperkukuh operasi dan membina daya tahan jangka panjang.

Valet Technology Sasar Penyenaraian Di Pasaran ACE Pada Suku Pertama 2026

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 15 Jun (Bernama) -- Valet Technology Sdn Bhd menyasarkan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada suku pertama 2026 sejajar dengan langkah syarikat memperluas perniagaannya dalam penyelesaian keselamatan siber dan identiti.

KLSICCI Gesa Peluasan SST Bersasar, Berperingkat Bagi Lindungi PMKS, Kumpulan B40

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI) menggesa kerajaan untuk mengguna pakai pendekatan strategik, inklusif dan secara berperingkat dalam peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi mengelak beban yang tidak diingini ke atas kumpulan yang mudah terjejas serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Kemahiran Pelaporan Berita Ekonomi Penting Ketika Tarif Kuasai Tajuk Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.