4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Jumlah permintaan untuk kargo udara, yang diukur dalam kargo tan kilometer (CTK), melonjak sebanyak 5.5 peratus dari tahun ke tahun (YOY) untuk Julai 2025 berbanding 0.6 peratus yang dicatatkan semasa bulan sebelumnya, mencerminkan pemulihan dalam pasaran kargo di tengah-tengah perang perdagangan.
4bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi menjelang pengeluaran data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) lewat malam ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM402.97 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2025 berbanding RM 396.42 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengesahkan rundingan sedang berlangsung dengan beberapa pihak berkaitan aset lebuh rayanya di bawah Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas).
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangannya bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dengan penekanan terhadap pengukuhan peranannya dalam membangunkan negara dan menyokong komuniti, di samping memberikan pulangan mampan kepada pemegang saham.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih KPJ Healthcare Bhd meningkat kepada RM82.06 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2025 daripada RM75.88 juta bagi suku yang sama tahun lepas, seiring dengan peningkatan hasil yang dicatatkan dalam suku berkenaan.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Peralihan kepada projek industri terutama pusat data mengukuhkan nilai perolehan kontrak pembinaan IJM Corporation Bhd dan meletakkanya di landasan pertumbuhan mampan dengan menyasarkan nilai perolehan kontrak pembinaan baharu sehingga RM8 bilion tahun ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Sime Darby Motors Sdn Bhd menjangkakan kerugian dialaminya akan berakhir pada tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 (TK2026), didorong oleh langkah-angkah konsolidasi atau penyusunan semula cawangan di China.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, New Pantai Expressway Sdn Bhd memeterai perjanjian konsesi tambahan (SCA) dengan kerajaan bagi melaksanakan projek lanjutan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) sepanjang 15 kilometer.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Financial Group Bhd (HLFG) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2025 meningkat kepada RM3.25 bilion daripada RM3.19 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dipacu oleh prestasi yang lebih baik dalam perbankan komersial dan insurans.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Negara-negara Asia boleh terus memajukan kepentingan ekonomi serantau dan memperkukuh daya tahan kolektif masing-masing dengan mengekalkan kejelasan mengenai matlamat mereka serta tidak mudah terpengaruh dengan ketidaktentuan luaran.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih AirAsia X Bhd (AAX) melonjak kepada RM35.22 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2025 berbanding RM4.82 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.