BERITA TERKINI   Perjanjian ART Malaysia-AS belum dikuatkuasakan - PM Anwar | Malaysia berhati-hati sebelum beri dukungan penubuhan 'Peace Committee' diusulkan Presiden AS Trump - PM Anwar | PRK Lamag: Sebanyak 47.34 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 10 pagi - SPR | PRK Kinabatangan: Sebanyak 47.09 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 10 pagi - SPR | MATRADE akan umum trend perdagangan Malaysia yang positif dan tertinggi dalam sejarah negara - PM Anwar  | 

Terdapat 4041 berita berdasarkan kata kunci carian " sektor"

Kemudahan Pengurusan Sisa Terjadual Pertama Sabah Di SOGIP Buka Peluang Pekerjaan Baharu

SIPITANG, 13 Dis (Bernama) -- Pelaburan strategik lebih RM1 bilion bagi membangunkan mini kemudahan pengurusan sisa terjadual di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di sini,  bakal membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Sabah, sekali gus menyokong pertumbuhan industri mampan, selamat dan berdaya saing.

Bursa Malaysia Dijangka Melepasi Semula Paras 1,640 Didorong Sentimen Positif Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan aliran meningkatnya dan melepasi semula paras halangan 1,640 minggu depan, selepas kali terakhir mencapai paras yang tinggi pada 1,642.33 mata pada 31 Dis 2024.

Ringgit Terus Melonjak, Cecah 4.09 Berbanding Dolar AS, Paras Tertinggi Sejak April 2021

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positif apabila melonjak ke paras 4.09 berbanding dolar AS semasa ditutup pada Jumaat, mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh empat tahun tujuh bulan, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang positif.

Sabah Bentang Belanjawan 2026 Berjumlah RM6.402 Bilion

KOTA KINABALU, 12 Dis (Bernama) -- Kerajaan Sabah hari ini membentangkan Belanjawan Sabah 2026 berjumlah RM6.402 bilion, dengan anggaran lebihan RM28 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Tertinggi Dalam Dua Bulan Seiring Sentimen Positif Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini susulan aktiviti belian pada harga rendah, seiring sentimen positif pelabur di pasaran serantau dan mengukuh pada paras tertinggi dalam tempoh lebih dua bulan, yang dicapai kali terakhir pada 2 Okt, 2025.

IPP Malaysia Meningkat 6.0 Peratus Pada Oktober 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 6.0 peratus tahun ke tahun pada Oktober 2025, mengekalkan momentum positif dalam kesemua sektor, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Jualan Sektor Pembuatan Naik 6.3 Peratus Kepada RM171.7 Bilion Pada Oktober - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Sektor pembuatan mencatatkan nilai jualan berjumlah RM171.7 bilion pada Oktober 2025, meningkat 6.3 peratus berbanding 4.3 peratus pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

TNB Raih Anugerah Jenama Terbaik Buat Kali Kelima

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Komitmen berterusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk memperkukuh kehadiran jenamanya dalam pasaran yang sentiasa berubah diiktiraf apabila syarikat utiliti itu menerima anugerah berprestij Jenama Terbaik 2025–2026 pada majlis World Branding Awards di Osaka, Jepun baru-baru ini.

Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari Dipacu Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari ini, didorong oleh sentimen semalaman Wall Street yang positif.

Prospek Pendapatan Pemaju Hartanah Dijangka Terus Cerah Pada 2026 -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan prospek pendapatan yang cerah bagi pemaju hartanah akan berterusan sehingga 2026, disokong oleh faktor peningkatan jualan pada 2024 dan 2025.

CIMB Unjur Lonjakan Pendapatan Bahan Binaan Cecah 68 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan pertumbuhan pendapatan teras sektor bahan binaan Malaysia melonjak kepada 68 peratus pada 2026 berbanding unjuran 15 peratus pada 2025 sebelum menyederhana kepada 16 peratus pada 2027.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Menjejaki Peningkatan Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.