Terdapat 391 berita berdasarkan kata kunci carian " timur tengah"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan meningkat terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu susulan pentadbiran AS mencari cara untuk mengurangkan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun daripada menurunkan Kadar Dana Persekutuan, kata penganalisis.

ACCCIM Gesa Kerajaan Sedia Skim Kredit Eksport, Turun Duti Import

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import ke atas bahan mentah bagi menyokong perniagaan terutamanya dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka rendah minggu depan dalam persekitaran prestasi eksport yang kurang memberangsangkan, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Malaysia Sasar Dagangan Dengan Rakan FTA, Pasaran Membangun Meningkat Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia mahu menumpukan aspek penglibatan strategik dengan rakan perjanjiian perdagangan bebas (FTA) dan pasaran sedang pesat membangun pada 2025 dalam usaha meningkatkan eksportnya.

Keuntungan Bersih DXN Meningkat Kepada RM92.78 Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd meningkat kepada RM92.78 juta pada suku ketiga berakhir 30 November, 2024 daripada keuntungan bersih RM78.36 juta yang dicatatkan pada suku ketiga 2024.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lengang Minggu Depan Berikutan Cuti Tahun Baharu Cina

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan lengang minggu depan berikutan perayaan Tahun Baharu Cina, menurut peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh.

Westports Catat Keuntungan Bersih Lebih Tinggi Sebanyak RM897.98 Juta

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd meningkat kepada RM897.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM779.43 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. 

JS-SEZ Jadi Topik Perbualan Dalam Kalangan Pelabur - OBORCC

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini menjadi 'buah mulut' (topik perbualan hangat) dalam kalangan penggiat industri di rantau Asia.

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu depan.

JS-SEZ Mampu Jadi Platform, Pintu Masuk Pelaburan Asia Tenggara - Exco

ISKANDAR PUTERI, 16 Jan (Bernama) -- Kerajaan Johor komited dalam menjayakan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dilihat mampu menjadi platform atau pintu masuk pelaburan di Asia Tenggara.

Sentimen Pulih Pacu Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun untuk dibuka lebih tinggi pada sesi awal dagangan Khamis, didorong oleh pemulihan sentimen susulan prestasi semalaman Wall Street yang memberangsangkan.