BERITA TERKINI   Mahkamah Buruh Bergerak akan beroperasi di Semenanjung Malaysia bermula Ogos ini - Ramanan | Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja dan Jabatan Perhubungan Perusahaan akan digabung bagi selaras fungsi - Ramanan | Agong zahir harapan Tentera Darat Malaysia terus dihormati, diyakini rakyat sebagai sebuah angkatan profesional, bebas amalan rasuah | Agong zahir nasihat tegas kepada Panglima Tentera Darat pastikan warga Tentera Darat Malaysia berpegang teguh kepada nilai integriti, amanah laksana tanggungjawab | 

Terdapat 2568 berita berdasarkan kata kunci carian " perniagaan "

Petronas, Mitsubishi Meterai Perjanjian Baharu Penghantaran LNG

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Mitsubishi Corporation menandatangani perjanjian baharu untuk memanfaatkan lagi keupayaan Petronas dalam menghantar gas asli cecair (LNG) ke pasaran antarabangsa, terutama sasaran pelanggan di Jepun.

Pasaran Pusat Data Malaysia Terus Berkembang Didorong Lonjakan Dalam Permintaan - CBRE

ISKANDAR PUTERI, 27 Sept (Bernama) -- Pasaran pusat data di Malaysia kini berkembang pesat dan akan terus berkembang lagi memandangkan bekalan semasa pusat data di negara ini masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang semakin meningkat, menurut CBRE Group Inc.

500 Syarikat China Dijangka Sertai Sidang Kemuncak Malaysia-China Disember Ini

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) – Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024) pada Disember ini, dijangka menarik penyertaan 500 syarikat China yang mahu menjalin kerjasama perdagangan dan pelaburan baharu dengan rakan di negara ini.

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia Mahu Pastikan Pertumbuhan Kukuh Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia akan memastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila negara ini mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumbangan RM57.3 Bilion Pelaburan AWS Kepada KDNK Dijangka Dapat Dipercepat Kepada 2032 - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Kerajaan yakin sumbangan Amazon Web Services (AWS) Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang dianggarkan berjumlah RM57.3 bilion boleh dipercepat kepada tahun 2032 daripada 2038.

ADE Bakal Jadi Perniagaan Pertama Capital A Disenaraikan Di Bursa Malaysia - Tony

SEPANG, 26 Sept (Bernama) -- Asia Digital Engineering (ADE), anak syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) bakal menjadi unit perniagaan pertama Capital A Bhd yang disenaraikan di Bursa Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tan Sri Tony Fernandes.

Eksport Kandungan Permainan Digital Malaysia Papar Potensi Ketara Pada 2024

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

TOKYO, 26 Sept (Bernama) -- Eksport kandungan permainan digital Malaysia dijangka menunjukkan potensi besar tahun ini, dengan Jepun muncul sebagai pasaran utama, di tengah-tengah unjuran industri permainan global yang akan mencecah US$187.7 bilion pada 2024. 

Belanjawan 2025: CTIM Cadang Nilai Semula Model Cukai Pendapatan Berasaskan Individu

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Institut Percukaian Malaysia (CTIM) mencadangkan agar kerajaan mentakrifkan semula klasifikasi semasa model cukai pendapatan B40, M40 dan T20 untuk mencerminkan landskap ekonomi yang semakin berkembang.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan prestasi kukuh sebelum ini, kata seorang penganalisis. 

Malaysia Perkasa Lebih 500,000 Usahawan Wanita Melalui Program Kewangan Mikro - Raja Zarith Sofiah

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia komited terhadap pemerkasaan ekonomi wanita dengan menyokong lebih 500,000 usahawan dalam kalangan komuniti itu melalui program kewangan mikro, titah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

FGV Akan Laksanakan Pembaharuan, Inovasi Pastikan Hasil Kelapa Sawit Tidak Terjejas

SIK, 26 Sept (Bernama) -- FGV Holdings Bhd (FGV) akan melaksanakan pembaharuan dan inovasi dalam pengurusan ladang bagi berdepan dengan situasi perubahan iklim yang menjejaskan hasil kelapa sawit.

Northeast Sasar Kumpul RM84.5 Juta Daripada IPO Pasaran ACE

GEORGE TOWN, 26 Sept (Bernama) — Northeast Group Bhd sasar untuk mengumpul kira-kira RM84.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya Pasaran ACE pada 15 Oktober depan.