1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit mengakhiri minggu ini dengan mencatatkan positif, terus meningkat berbanding dolar AS untuk sesi ketiga berturut-turut pada Jumaat menjelang data senarai gaji Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan prestasi sedikit rendah pada Jumaat, berikutan pengambilan untung menguasai dagangan dalam keadaan pelabur berhati-hati.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions mengunjurkan penggunaan gas asli global akan meningkat dalam tempoh terdekat apabila musim sejuk Hemisfera Utara melanda, disokong oleh permintaan kukuh untuk gas asli cecair (LNG) merentas semua pasaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi, didahului oleh produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan meningkat dalam sesi dagangan awal pada Jumaat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan mencatat peningkatan kecil di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat, menjelang pengumuman data penggajian bukan perladangan (NFP) negara maju itu pada lewat hari ini, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi berikutan kebimbangan mengenai pengeluaran rendah disebabkan situasi banjir di Malaysia.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keyakinan yang meningkat bahawa terdapat satu lagi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan bulan ini.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan prestasi bercampur-campur dalam pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Aktiviti belian pada saat-saat akhir, terutama bagi saham-saham kewangan dan perladangan, memacu momentum Bursa Malaysia untuk mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih positif, sekali gus menamatkan penyusutan dalam sesi awal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham produk perindustrian, perkhidmatan serta produk pengguna selain prestasi bercampur-campur daripada bursa serantau.