BERITA TERKINI   Pulau Pinang akan terima 240 bas elektrik Rapid Penang dengan 75 bas dijangka tiba Mac ini - Loke | 21 pegawai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral sedang disiasat - Menteri Pertahanan | Warga ATM terlibat aktiviti tidak bermoral, rosakkan imej ATM akan disingkir daripada perkhidmatan - Mohamed Khaled | Kajian keperluan pelaksanaan semula UPSR dan PT3 akan bermula tahun ini - Menteri Pendidikan | Kementerian Pertahanan dan ATM telah lama haramkan kegiatan tidak bersahsiah di semua kem di seluruh negara - Mohamed Khaled | 

Terdapat 2639 berita berdasarkan kata kunci carian "maa"

Antara Muka Bahasa Inggeris Komitmen Taobao terhadap Pasaran E-dagang Malaysia 

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pelancaran 'antara muka (interface) beta bahasa Inggeris' melambangkan komitmen Taobao terhadap pasaran e-dagang Malaysia selain meningkatkan kebolehcapaian dengan menumpukan kepada penyelarasan ciri-cirinya agar lebih mesra pengguna.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan China. 

Pemotongan FFR As Beri Kelebihan Pada Ringgit Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit memperoleh kelebihan yang ketara daripada pemotongan 50 mata asas (bps) kadar dana persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS), kerana nilainya terus meningkat berbanding dolar AS, kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Seiring Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat sejajar dengan prestasi kebanyakan pasaran Asia lain yang mendapat rangsangan daripada kenaikan di Wall Street, apabila para pelabur menyambut baik penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS). 

Malaysia Seperti Negara ASEAN Lain Terus Kukuhkan Pendirian Neutral, Tarik Pelaburan, Perdagangan Ke Rantau Itu

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia seperti negara-negara ASEAN lain akan terus mengukuhkan pendirian neutral supaya lebih banyak pelaburan dan perdagangan akan mengalir ke blok itu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih positif dengan mencatat peningkatan, menjejaki prestasi semalaman di pasaran Wall Street.

Ringgit Susut Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Jumaat apabila penyusutan harga minyak menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Skim Tanaman Semula Sawit Cecah RM45 Juta, Meliputi 6,724 Hektar - MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) yang diperkenalkan oleh kerajaan pada awal tahun ini, menerima sejumlah 2,384 permohonan yang meliputi kawasan seluas 6,723.88 hektar setakat ini.

Syarikat Insurans, Pengendali Takaful Digesa Kembang Kapasiti, Rapat Jurang Perlindungan - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful perlu mengembangkan kapasiti mereka dan berusaha untuk merapatkan jurang perlindungan kritikal serta mengukuhkan jaringan keselamatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Pembaharuan Kewangan Islam - Bukan Hanya Sekadar Pematuhan Syariah

LONDON, 18 Sept  (Bernama) -- Kewangan Islam era moden mula bertapak di Malaysia pada 1963 dengan penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (kini dikenali sebagai Lembaga Tabung Haji), yang merupakan pusat kepada transformasi sistem kewangan berasaskan Syariah di Malaysia.

Malaysia-Brazil Bekerjasama Rebut Peluang Pasaran Halal Bernilai US$3 Trilion - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Malaysia dan Brazil akan meningkatkan kerjasama untuk memanfaatkan pasaran halal global yang dijangka menjana US$3 trilion (US$1=RM4.253) pada tahun depan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup.