5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar bagi RON95 dan mengekalkan kadar tol sedia ada akan memastikan mobiliti kekal mampu milik dan mudah diakses oleh rakyat, kata Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Carsome Aaron Kee, hari ini.
5bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 Julai (Bernama) -- Ekonomi ASEAN dijangka mengekalkan pertumbuhan lebih empat peratus dalam persekitaran cabaran global, dengan unjuran sebanyak 4.4 peratus pada 2025 dan 4.2 peratus pada 2026, menurut Ketua Ahli Ekonomi Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) Dong He.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kekukuhan kewangan Malaysia dan fleksibiliti pasaran menyokong daya tahan negara terhadap kejutan luaran dan aliran keluar modal, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi 2025 diunjur pada 2.0 peratus, disokong oleh pelaksanaan langkah pelarasan fiskal secara berperingkat dan teratur selain tekanan permintaan yang sederhana, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
5bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia susut 0.34 peratus ketika ditutup pada Selasa, penurunan hari kedua berturut-turut berikutan kekurangan sokongan belian dan ketiadaan petunjuk kukuh daripada indeks serantau utama yang terus menjejaskan sentimen pasaran.
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Pasaran sedang menunggu pengumuman kerajaan mengenai langkah fiskal pada minggu ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan inisiatif yang bakal diumumkan sebagai "penghargaan luar biasa" bagi meringankan tekanan kos sara hidup, kata CIMB Investment Bank Bhd.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Anggaran awal pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 4.5 peratus bagi suku kedua 2025 mengatasi kebanyakan unjuran penganalisis yang sekali gus menunjukkan daya tahan ekonomi negara.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan yang lebih holistik dan berpandangan jauh ke hadapan bagi mengurus kenaikan kos sara hidup, melebihi sokongan fiskal jangka pendek, kata Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan AmBank Firdaos Rosli.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa dasar yang lebih konsisten dan telus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) untuk memastikan daya saing jangka panjang industri automotif Malaysia, khususnya ketika peralihan kepada kenderaan elektrik dan hijau.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Kadar penggunaan yang berdaya tahan dijangka kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia di sebalik ketegangan perdagangan global serta ketidakpastian geopolitik, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Negara-negara ASEAN Campur Tiga (APT) mengulangi komitmen teguh untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan mengekalkan sistem perdagangan multilateral berasaskan peraturan, dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan perdagangan global yang semakin meningkat.