10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, perladangan, telekomunikasi dan media.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd mensasarkan jualan hartanah sebanyak RM1.5 bilion pada 2025 berbanding RM1.389 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh nilai pembangunan kasar RM1.4 bilion (GDV) di seluruh lapan projek yang dilancarkan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan untuk mencapai RM14 bilion dalam eksport perabot kayu yang menyumbang 50 peratus daripada sasaran RM28 bilion eksport kayu Malaysia sepanjang tahun ini.
10bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Langkah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membayar dividen 6.30 peratus bagi 2024 dijangka dapat merangsang aktiviti ekonomi selain menyumbang kepada pertumbuhan negara, kata ahli ekonomi.
10bulan ago
Oleh Niam Seet Wei, Norsyafawati Ab Wahab, Mohd Khairi Idham Amran, Ahmad Erwan Othman & Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31, yang berakhir Jumaat di Desaru dekat sini, melakar pencapaian penting dengan menyokong pelbagai inisiatif ekonomi termasuk kesemua 18 Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) yang menjadi kunci dalam mencapai aspirasi Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
10bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sepenuhnya yakin blok itu dapat memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tepat pada masanya untuk Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN pada akhir tahun ini.
10bulan ago
KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu meningkatkan kesepaduan dalaman dan mempelbagaikan kerjasama luarannya untuk mendepani cabaran ekonomi global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kerugian bersih Berjaya Corporation Bhd pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024 mengecil kepada RM88.68 juta berbanding RM120.77 juta pada tahun lepas.
10bulan ago
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Rundingan naik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) dijangka dapat dimuktamadkan pada Mac ini susulan perkembangan positif hasil perbincangan bersama rakan serantau ASEAN.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Alliance Bank Malaysia Bhd untuk suku ketiga berakhir 31 Disember, 2024 (S3 TK2025) meningkat sebanyak 5.5 peratus kepada RM186.67 juta daripada RM176.86 juta pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kalangan peniaga menjangkakan persekitaran perniagaan menggalakkan pada suku pertama 2025, didorong oleh petunjuk keyakinan positif sebanyak 3.2 peratus berbanding 4.8 peratus pada suku sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah dalam dagangan Khamis, sekali gus mengakhiri peningkatan semalam di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur, kata penganalisis.