BERITA TERKINI   China akan tandatangan Perjanjian SEANWFZ sebaik sahaja semua dokumen lengkap - Mohamad Hasan | Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani dengan cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara | Menteri Luar Australia umum program pembangunan AU$1.28 bilion untuk ASEAN bagi menyerap impak pemotongan dana USAID | CAAM sahkan kemalangan helikopter polis jenis AS355 berhampiran Sungai Pulai di Gelang Patah, Johor pagi ini, lima mangsa selamat | ASEAN sambut baik perkembangan Kod Tatalaku Laut China Selatan, harap dimuktamadkan dalam masa terdekat - Mohamad Hasan | 

Malaysia Optimistik Dapat Muktamadkan Perjanjian Digital Asean Menjelang Akhir Tahun

KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, sepenuhnya yakin blok itu dapat memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tepat pada masanya untuk Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN pada akhir tahun ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata perbincangan mengenai DEFA telah mencapai kemajuan yang positif.

“Kita yakin berada di landasan (untuk memuktamadkannya). Perkara yang dipersetujui hari ini untuk memastikan kita menyelesaikannya tahun ini dan supaya negara anggota lebih fleksibel dalam pendekatan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Permukiman Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 di Desaru, di sini, Jumaat.

-- BERNAMA