Terdapat 402 berita berdasarkan kata kunci carian " ucapan"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini walaupun Wall Street mencatatkan kenaikan pada Jumaat lepas berikutan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menekankan prospek ekonomi kukuh di sebalik kebimbangan mengenai inflasi yang tinggi dalam persekitaran dasar perdagangan baharu.

WOU Bekerjasama Dengan Tiga Syarikat Bagi Perkukuh Semikonduktor Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 6 Mac (Bernama) -- Wawasan Open University (WOU) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan tiga syarikat bagi meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor semikonduktor dan pembuatan di Malaysia khususnya di Pulau Pinang.

Wanita B40 Masih Hadapi Cabaran Dalam E-dagang, Perlu Sokongan Berterusan - Gobind

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Golongan wanita terutamanya daripada kumpulan B40 memerlukan sokongan berterusan dalam usaha mereka menceburi bidang e-dagang, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kerajaan Komited Kurangkan Defisit Fiskal 3.8 Peratus Tahun Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dengan unjuran 3.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Bursa Malaysia Bercampur-campur Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pada tengah hari, susulan petunjuk positif daripada prestasi Wall Street pada Jumaat lalu ketika pelabur mengabaikan kebimbangan terhadap ketegangan yang meningkat antara Ukraine dan Amerika Syarikat (AS).

MIFF Pacu Pertumbuhan Industri Perabot Malaysia - Johari

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) menjadi pemangkin utama dalam mencorak dan memartabatkan industri perabot Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Timor-Leste Yakin Dengan Perkembangan Keanggotaan Dalam ASEAN, Hargai Sokongan Malaysia

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Timor-Leste yakin ia telah menunjukkan kemajuan yang ketara dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi pelan hala tuju yang digariskan bagi memperoleh keanggotaan penuhnya dalam ASEAN.

Sarawak Teroka Penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari 

KUCHING, 28 Feb (Bernama) -- Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi dan pusat penyelidikan dalam industri berkenaan.

ASEAN Perlu Tingkatkan Kesepaduan Dalaman, Pelbagaikan Kerjasama Dalam Mendepani Cabaran Global

KOTA TINGGI, 28 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu meningkatkan kesepaduan dalaman dan mempelbagaikan kerjasama luarannya untuk mendepani cabaran ekonomi global, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Malaysia Terajui Kerjasama Keselamatan Siber, Inisiatif Data Rentas Sempadan Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia menerajui pembangunan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030 yang merupakan satu inisiatif berpandangan ke hadapan bertujuan meningkatkan kerjasama dan daya tahan serantau.

ASEAN Perlu Bina Rantaian Bekalan Kukuh Ketika Berdepan cabaran Geostrategik- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- ASEAN perlu membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh dan berdaya tahan di rantau ini untuk menghadapi cabaran geostrategik yang semakin hampir, contohnya tarif yang baru dikenakan Amerika Syarikat dan tarif balas oleh negara yang terlibat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat Dua Hari Persediaan Pegawai Ekonomi Kanan Bermula Hari Ini Di Desaru

KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Persediaan Pegawai Ekonomi Kanan (Prep-SEOM) selama dua hari untuk Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 bermula di Desaru dekat sini, hari ini.