BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW FC 1-1 Penang FC | Liga Super: DPMM FC 1-1 Melaka FC | Liga Super: Kuching City FC 2-0 Negeri Sembilan FC | 

Terdapat 3140 berita berdasarkan kata kunci carian " mata"

Niaga Hadapan FBM KLCI Kebanyakan Tinggi Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya mencatat prestasi tinggi pada awal dagangan Khamis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Kemudiannya Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis sebelum bertukar rendah berikutan kekurangan pemangkin ketika Wall Street mencatat prestasi lemah di tengah-tengah data inflasi yang tinggi dan perdagangan yang lebih perlahan menjelang cuti Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat (AS).

Transaksi Ringgit-Rubel, Perjanjian Perdagangan Kukuh Hubungan Ekonomi Malaysia-Rusia

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang perniagaan boleh diteroka yang belum dimanfaatkan dengan perniagaan Rusia di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenaikan tarif, membuka peluang kepada kedua-dua negara meningkatkan volum perdagangan dan mengukuhkan hubungan ekonomi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS pada Khamis, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) yang menyusut 0.91 peratus kepada 106.036 mata.

Ringgit Meningkat Selepas Minit Mesyuarat Fed Menunjukkan Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Saham Perladangan

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu apabila saham utiliti membantu menyeimbangkan tekanan jualan dalam saham sektor perladangan. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Prospek Perniagaan Suku Keempat 2024 Kekal Positif - MIER

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan prospek perniagaan bagi tempoh suku keempat 2024 kekal positif dengan Indeks Keyakinan Perniagaan (BCI) mencecah hampir 105 mata.

AMMB Catat Peningkatan Untung Bersih Suku Kedua Kepada RM500.57 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM500.57 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM469.78 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Bursa Malaysia Teruskan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada tengah hari Rabu walaupun pasaran serantau mencatat prestasi kurang memberangsangkan ketika pelabur mengalihkan tumpuan terhadap pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi rendah setakat awal dagangan Rabu.

Bursa Malaysia Catat Dagangan Turun Naik Pada Sesi Awal, Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan turun naik pada sesi awal Rabu dengan indeks petunjuk utama pasaran itu mencatat pergerakan dalam wilayah untung dan rugi.