Terdapat 3067 berita berdasarkan kata kunci carian " kukuh"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga. 

BNM: Projek Mega Dijangka Terus Sokong Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Pada 2025

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Meskipun tiada pembangunan projek mega diumumkan pada Belanjawan 2025, namun projek mega yang sedang berjalan dilihat akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Pengguguran Daripada Senarai AS Bukti Dasar Malaysia Seimbang, Telus - Ahli Ekonomi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, Nov 15 (Bernama) -- Langkah Amerika Syarikat (AS) menggugurkan Malaysia daripada senarai pemantauan perbendaharaannya membuktikan dasar ekonomi dan dan pertukaran asing semasa negara ini dilihat sebagai seimbang dan telus, kata ahli ekonomi.

Pengguguran Malaysia Daripada Senarai Pemantauan Mata Wang AS Bukti Status Ringgit Dipacu Pasaran

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyambut baik pengguguran Malaysia daripada senarai pemantauan manipulasi mata wang Amerika Syarikat (AS) sekali gus mengesahkan status ringgit yang dipacu pasaran.

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, ekoran tekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.

Pelaburan, Eksport Kukuh Pacu Pertumbuhan Kdnk Suku Ketiga Malaysia Kepada 5.3 Peratus

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.

Nice Jangka Loji Larut Resap Sokor Utara Lonjak Perolehan Pada Suku Ketiga 2025

Daripada Engku Shariful Azni Tengku Ab Latif

TANAH MERAH, 15 Nov (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (Nice) berjaya mengoperasikan loji larut resap di Lombong Emas Sokor Utara di sini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Minat Belian Baharu

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, kata penganalisis.

Anwar Gesa Kerjasama Pelbagai Pihak Agar Tiada Keciciran Dalam Era Kemajuan Digital Pesat

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerjasama yang lebih kukuh antara kerajaan, industri dan komuniti untuk memastikan tiada keciciran dalam era kemajuan digital yang pesat. 

MTD Capital Teroka Pasaran Baharu, Sektor Berpertumbuhan Tinggi Untuk Pengembangan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- MTD Capital Bhd dalam usaha meneroka pasaran baharu dan sektor berpertumbuhan tinggi bagi memacu pengembangan masa depan, menilai kerjasama strategik dan peluang perniagaan dalam sektor hartanah dan lain-lain.

Malaysia Dan Peru Kukuhkan Kerjasama Ekonomi Terutama Dalam Sektor Halal

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.