1tahun ago
KUCHING, 3 Okt (Bernama) -- Sarawak Energy Bhd (SEB) melantik Ahli Dewan Undangan Negeri Satok dari Gabungan Parti Sarawak Datuk Ibrahim Baki sebagai pengerusi berkuat kuasa 1 Oktober lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd (Proton) kekal di tempat kedua dalam jualan automotif pada September, dengan jumlah jualan bagi domestik dan eksport sebanyak 11,269 unit, menjadikan jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 112,758 unit.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Airbnb berharap kerajaan menyokong dan mengesahkan garis panduan penginapan sewa jangka pendek (STRA) negara serta mengiktiraf potensi ekonomi perkongsian dalam sektor hospitaliti menerusi Belanjawan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pempamer Malaysia di acara Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat prestasi mengatasi jangkaan dengan menjana jualan bernilai lebih RM402.88 juta berbanding sasaran awal RM320 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai penerbit bon utama keseluruhan oleh Bond Pricing Agency Malaysia Sdn Bhd (BPAM) dalam laporan Bond League Tables BPAM untuk suku ketiga 2024, dengan sejumlah RM55.68 bilion diterbitkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- KIP Real Estate Investment Trust (KIP REIT) telah mendapat kelulusan pemegang saham untuk mengambil alih Pusat Membeli Belah DPulze di Cyberjaya pada harga RM320 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Industri teknologi perubatan (medtech) Malaysia menyaksikan pertumbuhan yang mengagumkan, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai pemain utama dalam landskap teknologi perubatan global, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Persatuan Industri Perubatan Malaysia (AMMI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), akan membekalkan gas kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk penjanaan kuasa di Sabah dan Labuan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Oracle hari ini mengumumkan pihaknya merancang untuk melabur lebih US$6.5 bilion (US$1 = RM4.15) bagi mewujudkan wilayah awan awam di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan kecerdasan buatan (AI) dan awannya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula agregat US$1.14 bilion (US$1=RM4.1530) untuk sukuk jangka pendek, masing-masing bagi tempoh satu, tiga dan 12 bulan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Momentum ekonomi Malaysia yang positif dijangka kekal dalam tempoh beberapa bulan akan datang apabila Indeks Pelopor (IP) naik kepada 5.2 peratus tahun ke tahun pada Julai 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi kebanyakannya pada Selasa berikutan risiko geopolitik di Timur Tengah dan kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah.