Terdapat 2917 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan"

Belanjawan 2025: Kerajaan Dicadang Perkenal Mekanisme Pelepasan Cukai Seni Kreatif

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan disaran memperkenalkan mekanisme yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati pelepasan cukai apabila berbelanja dalam industri seni kreatif menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.

Kerajaan Kaji Kad Skor Untuk Pelaburan Berkualiti Tinggi - MITI

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan sedang melihat untuk mempunyai kad skor yang jelas yang tertumpu kepada pelaburan serta insentif berkualiti tinggi agar sejajar dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

Indeks Petunjuk Utama FBM KLCI Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Momentum peningkatan indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus bertahan pada dagangan tengah hari Selasa, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih, kata penganalisis.

Capital A Optimis Akhiri Status PN17 Menjelang Disember 2024 - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Capital A Bhd mempunyai ekuiti yang positif dan optimis dapat keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang akhir Disember tahun ini.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat, Jejak Prestasi Semalaman Pasaran AS

 KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Selasa dengan lebih meningkat, didorong oleh prestasi semalaman saham-saham Amerika Syarikat (AS) yang memberangsangkan, kata penganalisis.

Malaysia Akan Terus Nilai Perkembangan BRICS, Pastikan Penglibatan Beri Faedah

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus menilai perkembangan BRICS dari semasa ke semasa bagi memastikan penglibatan Malaysia memberi faedah yang signifikan kepada negara, sejajar dengan matlamat dasar ekonomi termasuk Aspirasi Ekonomi MADANI dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.

TERAJU Peruntuk Bahagian Terbesar Daripada Dana RM100 Juta Kepada microLEAP

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperuntukkan dana RM100 juta kepada platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) terkemuka di Malaysia, dengan bahagian terbesar diberikan kepada microLEAP.

PMB Investment Umum Jumlah Agihan Kasar Dana Bestari RM2.88 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- PMB Investment Bhd hari ini mengumumkan jumlah pengagihan kasar sebanyak RM2.88 juta untuk PMB Dana Bestari bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024, dengan pemegang unit menerima pengagihan pendapatan sebanyak 2.93 sen seunit.

Belanjawan 2025 Dijangka Perluas Asas Cukai Seperti Cukai Gula, HVGT, GloBE - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka mengumumkan langkah cukai baharu dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Jumaat ini memandangkan asas cukai menunjukkan pertumbuhan yang terhad sejak Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada 2018.

Kerajaan Persekutuan Salur Geran Berjumlah RM39.74 Bln Kepada 1MDB - Laporan Audit

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan geran berjumlah RM39.74 bilion kepada syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bagi tempoh 2019 hingga 2023. 

Kerajaan Persekutuan Rugi RM112.53 Juta Bagi Pelupusan Saham Astronautic Technology - Laporan Audit

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengalami kerugian berjumlah RM112.53 juta bagi pelupusan saham Astronautic Technology (M) Sdn  Bhd, melibatkan nilai nominal saham berjumlah RM112.58 juta telah dijual pada harga RM50,000.