1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 menyuntik prospek cerah kepada sektor pembinaan di Malaysia dengan tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur berkualiti, memperkukuh pelaburan strategik serta memastikan semua sektor berfungsi secara inklusif dan mampan.
1tahun ago
MELAKA, 29 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan memastikan industri halal dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) melancarkan Rangka Kerja Kewangan Lestari (SFF) pertamanya yang bertujuan mengumpulkan RM20 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang bagi menyokong projek hijau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk "mempertingkat" dan memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada dengan negara tertentu seperti China, India dan ekonomi anggota ASEAN.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyasarkan pembiayaan lestari sebanyak RM10 bilion dan pembiayaan hijau RM1 bilion menjelang 2030 melalui Pelan Hala Tuju Kelestarian 2.0.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pengguna Malaysia masih terdedah kepada ancaman siber, seiring dengan perkembangan pesat pusat data di negara ini, menurut laporan terkini daripada Kaspersky.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Modal dari China semakin beralih daripada ekonomi Kumpulan Tujuh (G7) dan kembali ke Asia terutama Asia Tenggara, dengan Malaysia dan negara jiran adalah sebahagian daripada penerima manfaat terbesar berikutan langkah itu, kata kumpulan teknologi hartanah antarabangsa Juwai IQI.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan berharap keanggotaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan peningkatan eksport bagi tempoh jangka masa panjang, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kuala Lumpur dikenal pasti sebagai bandar raya global yang "beraspirasi" oleh City Competitiveness Redefined Tracker berdasarkan penilaiannya terhadap daya tarikan pelabur, aset dan infrastruktur, kebolehdiaman serta pengurusan dan tadbir urus bandar, kata kumpulan perundingan mampan global Arup.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerima RM3.1 juta hasil daripada penjualan saham dalam Fashion Valet Sdn Bhd (FashionValet), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Sektor tenaga hijau berpotensi besar untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia seiring dengan komitmen global terhadap sumber tenaga yang lestari.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd pada Isnin melancarkan Jelawang Capital Sdn Bhd (Jelawang Capital) iaitu ‘national fund-of-funds’ (NFOF) bagi memacu pertumbuhan ekosistem modal teroka negara ini.