Terdapat 817 berita berdasarkan kata kunci carian " import"

Thailand Sambut Baik Tarif AS, Anggap Saling Menguntungkan Bagi Kestabilan Dagangan

BANGKOK, 1 Ogos (Bernama) -- Tarif baharu sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan dari Thailand, berkuat kuasa hari ini, mewakili hasil yang saling menguntungkan bagi mengekalkan asas eksport Thailand dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Laporan Tarif AS Lebih Rendah Ke Atas Import Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat daripada penurunan selama dua hari untuk dibuka tinggi pada Jumaat, disokong oleh sentimen yang bertambah baik susulan langkah Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar tarif ke atas import dari Malaysia.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS, Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) namun tinggi berbanding mata wang utama lain pada Jumaat, apabila pelabur menelti hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dan langkah tarif balas oleh Washington yang berkuat kuasa hari ini.

RMK13 Pacu Ekonomi Bernilai Tinggi, Kekalkan Lebihan Dagangan -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan lebihan dagangan negara dapat dikekalkan menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menumpukan pembangunan industri bernilai tinggi serta peningkatan kompleksiti ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

AS Kurangkan Tarif Ke Atas Import Malaysia Kepada 19 Peratus

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) mengenakan kadar tarif yang telah dikurangkan iaitu 19 peratus ke atas import dari Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, 2025.

Tarif Baharu As Ke Atas Malaysia Diumum Esok - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memutuskan untuk mengumumkan kadar tarif baharu ke atas Malaysia esok. 

Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang Pengumuman RMK13

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama pada Khamis, menjelang pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dijadualkan pada tengah hari ini, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Eksport Minyak Sawit Malaysia Ke AS Meningkat 51.8 Peratus Kepada 93,000 Tan Bagi Jan-Mei 2025

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) meningkat sebanyak 51.8 peratus kepada 93,000 tan metrik bagi tempoh Januari hingga Mei 2025 berbanding 61,000 tan metrik dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Hasil Aktiviti Import Dan Eksport Tenaga Elektrik, TBB Manfaatkan Rakyat - PETRA

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan bersedia menguruskan aktiviti import dan eksport tenaga elektrik serta perdagangan tenaga boleh baharu (TBB), dengan hasil yang diperoleh akan dimasukkan dalam tabung dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) yang akan memberi manfaat kepada rakyat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadual berlangsung malam ini, kata seorang penganalisis.

MPOB Jangka Eksport Minyak Sawit Pulih Pada Separuh Kedua 2025

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 28 Julai (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan eksport minyak sawit akan pulih pada separuh kedua tahun ini disebabkan permintaan musim perayaan yang lebih kukuh di pasaran-pasaran utama.

MBSB Jangka Pertumbuhan Ekonomi Berterusan Tetapi Rendah Pada 2025

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan berterusan pada 2025 walaupun pada kadar yang lebih perlahan berikutan Indeks Pelopor (IP) kekal mendatar pada Mei 2025, kata MBSB Investment Bank Bhd.