9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Leader Energy Group Bhd, syarikat pengeluar telekomunikasi dan kuasa berjaya memperoleh pelaburan lebih US$100 juta (US$1=RM4.28) daripada Dana Kerjasama Pelaburan China-ASEAN II (CAF II).
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia akan menjadi negara utama di ASEAN dari segi peralihan tenaga dan grid pintar, dengan bantuan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Trilliant Networks Inc.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan negara-negara anggota ASEAN perlu memastikan bahawa kesalinghubungan grid kuasa mereka menjadi kenyataan kerana peralihan tenaga tidak akan berlaku tanpa kesalinghubungan di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Bhd Datuk Sharbini Suhaili.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Negara-negara Asia mesti menangani dua isu penting iaitu perubahan iklim dan permintaan tenaga yang semakin meningkat bagi memenuhi cita-cita ekonomi mereka, kata Naib Presiden Eksekutif Mitsubishi Power Takao Tsukui.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia berada di titik penentu yang kritikal, sama ada maju hadapan menuju ke arah keterjaminan dan kemakmuran pada masa depan atau ketinggalan di belakang terdedah kepada proses "kebinasaan", kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengumumkan pembida berjaya untuk pusingan kelima program Solar Skala Besar (LSS5) pada November depan, kata ketua pegawai eksekutifnya Datuk Razib Dawood.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia mencapai kejayaan penting dalam kecekapan tenaga, yang telah diumumkan sebagai bahan api pertama peralihan tenaga, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Entiti milik kerajaan, yang “lazimnya dikecam” kerana lebih “mendapat keutamaan” berbanding penggiat persendirian, sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk “menarik penglibatan” pemain swasta dan pihak berkepentingan lain, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) – Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.
9bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 harus merangkumi dasar yang lebih teguh dan fleksibel yang boleh membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga solar dalam kalangan perniagaan dan pemilik rumah, demikian menurut Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 30 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) terus menegaskan komitmen bersama bagi menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
9bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Pengeluar keluli Mycron Steel Bhd menyeru agar kerjasama awam dan swasta turut diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2025 dalam usaha membantu Malaysia mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.