11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dalam wilayah positif pada Selasa, sejajar dengan bursa serantau dan disokong oleh langkah rangsangan baharu oleh China, menurut penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kalangan pelabur sedang menunggu pengumuman mengenai kerangka kawal selia untuk menubuhkan “family office” di Malaysia, yang akan dibuat menerusi pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, menurut OCBC.
11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.
11bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk memperkenalkan insentif atau kredit cukai dalam Belanjawan 2025 bagi menyokong industri bahan api penerbangan mampan (SAF) Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Syarikat baja khusus, Cropmate Bhd (Cropmate) menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE.
11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan dalam julat kecil dan mengakhiri dagangan dengan lebih rendah pada Isnin susulan fasa konsolidasi selepas mencatat aliran peningkatan selama dua hari berturut-turut, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memperkenalkan kerangka skim insentif “Family Office” baharu yang bertujuan menambah baik landskap pelaburan Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, Sept 23 (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada US$116.8 bilion (US$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- PropertyGuru dan iProperty berharap Belanjawan 2025 nanti akan terus memberi tumpuan kepada inisiatif perumahan yang ditujukan kepada masyarakat kurang mendapat perkhidmatan seperti segmen berpendapatan rendah hingga sederhana.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Sept (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengemukakan dua cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) untuk dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 bagi memperkasakan industri sawit.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pakej insentif bagi Zon Kewangan Khas (SFZ) Forest City (FC) dijangka dapat menarik modal antarabangsa terutamanya daripada individu bernilai tinggi ke wilayah itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Capital A Bhd akan mengadakan mesyuarat agung luar biasanya (EGM) pada 14 Okt, 2024 bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham untuk pelupusan perniagan penerbangannya kepada AirAsia X (AAX).