1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih IHH Healthcare Bhd meningkat kepada RM534.0 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 daripada RM532.0 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas, dirangsang oleh permintaan yang berterusan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti dan pertumbuhan dalam hasil.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) melancarkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2023, yang menekankan komitmennya terhadap pembangunan mampan dan amalan bertanggungjawab sepanjang penjajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
1tahun ago
SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) -- Pelan pembangunan SA Sentral dan kawasan Seksyen 13 yang akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun bermula tahun hadapan, melibatkan kawasan seluas 58.6 hektar, bakal menjadikan kawasan itu sebagai hab integrasi moden, dinamik dan berdaya saing di negara ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkat hampir dua kali kepada RM1.58 bilion dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 (TK2024), daripada RM856.20 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM189.91 juta pada suku kedua tahun kewangan berakhir Mac 2025 berbanding RM185.33 juta bagi suku sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Industri francais negara mencatat pertumbuhan memberangsangkan dengan merekodkan potensi pelaburan melebihi RM911 juta sehingga November 2024, menurut Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- AFA Infrastructure and Development Sdn Bhd (AFA) menyasarkan pertumbuhan hasil tahunan sebanyak dua hingga tiga peratus, didorong oleh projek infrastruktur strategik dan struktur operasi disatukan yang bertujuan untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hong Leong Bank Bhd meningkat 5.8 peratus kepada RM1.09 bilion pada suku pertama berakhir 30 Sept, 2024 (S1 TK2025) daripada RM1.03 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Axiata Group Bhd (Axiata) mencatat prestasi kewangan memberangsangkan apabila meraih keuntungan bersih suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 30 Sept, 2024 yang mencecah RM976.67 juta berbanding kerugian bersih RM797.41 juta bagi suku sama setahun lepas.
1tahun ago
PADANG BESAR, 28 Nov (Bernama) -- Inland Port Perlis Sdn Bhd (IPPSB) yang merupakan pemaju hab logistik canggih Perlis Inland Port (PIP) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Penang Port Sdn Bhd (PPSB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Sebanyak 20 syarikat telah diluluskan geran bernilai hampir RM1.5 juta menerusi Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp).
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh minit mesyuarat terkini Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dilihat kurang agresif daripada jangkaan dan mengekalkan naratif penurunan kadar faedah.