BERITA TERKINI   Kabinet bersetuju memberi diskaun tol 50 peratus daripada kadar biasa sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 - Menteri Kerja Raya | 

Terdapat 3624 berita berdasarkan kata kunci carian " dagang"

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan laporan data penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh bagi Disember 2024.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan penurunan di pasaran tunai pendasar.

Jualan Saham Teknologi, Utiliti Asak Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.

Harga MSM Diunjurkan Kekal Tinggi Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025, dengan dagangan antara RM4,400 hingga RM4,800 satu tan, sebelum sederhana pada separuh kedua kepada antara RM4,000 hingga RM4,400 satu tan ketika kemuncak musim.

Duti Antilambakan Sementara Kepada Dagangan Subjek Dari China, India, Jepun Dan Korea Selatan - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Duti antilambakan sementara di antara 2.52 peratus hingga 36.80 peratus perlu dikenakan kepada import dagangan subjek dari China, India, Jepun dan Korea Selatan.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.

Institusi Tempatan Sokong Bursa Malaysia Untuk Minggu Ke-12 Berturut-Turut

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Institusi tempatan menyokong Bursa Malaysia untuk minggu ke-12 berturut-turut, dengan belian bersih sebanyak RM281.9 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF). 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya rendah dalam dagangan awal hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, sejajar dengan penurunan di Wall Street berikutan pasaran menjangka kelembapan dalam kitaran penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

​​​​​​​Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.

Perjanjian Perdagangan Malaysia Akan Pertingkatkan Pelaburan ASEAN - Penganalisis

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam pelbagai perjanjian perdagangan unilateral boleh menarik lebih ramai pelabur ke negara itu dan memberi manfaat kepada negara ASEAN yang lain, kata seorang penganalisis ekonomi.