1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Penyedia teknologi penyelesaian awan PointStar dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) meneruskan kejayaan inisiatif Pecutan Digital bagi Pembelajaran dan Penerapan Industrinya (DALIA) dengan memperkenalkann program DALIA 2.0 pada Sidang Kemuncak Go Digital: Gemini for Google Cloud Day 2024 baru-baru ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
1tahun ago
Daripada Norsyafawati Ab Wahab
VIENTIANE (LAOS), 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk meningkatkan pelaburannya di Laos terutamanya dalam sektor tenaga boleh baharu, pertanian, pelancongan dan infrastruktur, kata Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Ringgit susut berbanding dolar AS pada Khamis, berhenti seketika daripada kenaikan baru-baru ini berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas peningkatan nilainya yang ketara, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk memperkenalkan rangka kerja kawal selia mampan di parlimen pada November ini dengan matlamat menjadikan negara sebagai hab pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Ringgit naik kepada 4.1275/1310 berbanding dolar AS pada Rabu, mencatatkan paras paling kukuh sejak Jun 2021.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AmBank Islamic Bhd memperuntukkan sebanyak RM450,000 untuk menyokong Ibupreneur Malaysia, perusahaan sosial yang memperkasakan usahawan wanita.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) – Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam aset kewangan pada 2023 dengan aset kewangan bersih per kapita mencecah EUR9,430 (1 EUR = RM4.6427), menurut Allianz Malaysia Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menganggarkan perbelanjaan pembangunan bersih kira-kira RM90 bilion dalam Belanjawan 2025 berikutan Malaysia memasuki tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum positif pagi ini, disokong oleh sentimen pasaran global yang memberangsangkan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengumumkan Pelan Hala Tuju Dasar dan Kewangan Sifar Bersih dikemas kini yang antara lainnya merumuskan peralihan tenaga industri itu mampu dilaksanakan menjelang 2050.