1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 8 Nov (Bernama) -- Pusat Aset Digital Islam (IDAC) Labuan yang dilancarkan pada 2022, berjaya mencatat pencapaian bermakna dengan aset digital terkumpulnya mencecah US$820 juta, setakat ini.
1tahun ago
KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC Group dari Oman untuk tujuan meneroka potensi kerjasama industri di negeri tersebut.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan bagi September 2024 mencatatkan RM162.3 bilion, meningkat 2.9 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dalam dagangan tengah hari Jumaat, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh dan seiring kebanyakan pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pendigitalan menjadi faktor penting bagi kejayaan industri pelancongan Malaysia, terutama kepada pengendali hotel yang berhasrat berkembang maju dalam pasaran yang semakin kompetitif dan dinamik.
1tahun ago
BARCELONA, 8 Nov (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo menyatakan komitmennya untuk membantu lebih ramai pemain industri bandar pintar Malaysia mengembangkan sayap mereka ke pentas dunia.
1tahun ago
PETALING JAYA, 7 Nov (Bernama) -- SIRIM Bhd telah diiktiraf atas keupayaannya untuk menerajui pembangunan piawaian dan pensijilan keluli hijau sekali gus mewujudkan standard global bagi keluli sifar bersih yang dihasilkan secara mampan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Syarikat gergasi telekomunikasi China, Huawei telah menyediakan beratus-ratus tapak rangkaian mudah alih, perkhidmatan pengkomputeran awan dan pusat operasi pintar di Sarawak yang membantu meningkatkan liputan rangkaian tanpa wayar di kawasan pedalaman.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jumlah eksport produk halal negara setakat Januari sehingga September 2024 berjumlah RM45.04 bilion berbanding RM39.36 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia menghadapi era baharu pelaburan, disokong oleh visi yang jelas untuk mentransformasikan ekonomi dan komitmen menarik pelaburan sejajar dengan pertumbuhan tinggi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
BEIJING, 7 Nov (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China yang berakhir hari ini, berjaya menjana potensi eksport bernilai RM3.2 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM100 juta melalui penyertaan Malaysia dalam Pameran Antarabangsa BIBAN24 di Riyadh, Arab Saudi.