5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini dalam sentimen berhati-hati berikutan peniaga menantikan kejelasan mengenai kemungkinan lanjutan gencatan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata penganalisis.
6bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen optimis bahawa Malaysia mampu meraih perjanjian dagangan lebih menarik dalam rundingan tarif dengan Washington, kata penganalisis.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar makanan global dengan mencontohi kejayaannya dalam industri sawit dan getah, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
6bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian semasa harga rendah berkaitan saham pengguna pada saat-saat akhir mendorong Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, membolehkan pasaran memulihkan penyusutan pada dua sesi sebelumnya.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kekukuhan kewangan Malaysia dan fleksibiliti pasaran menyokong daya tahan negara terhadap kejutan luaran dan aliran keluar modal, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia dijangka menganjurkan rundingan pusingan kedua Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) pada November ini, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
6bulan ago
JOHOR BAHRU, 22 Julai (Bernama) -- Permintaan New Zealand agar Malaysia meningkatkan eksport nanas ke negara itu membuktikan pengiktirafan kualiti, keselamatan dan daya saing hasil buah berkenaan, khususnya varieti premium MD2 yang kian mendapat tempat dalam kalangan pengguna.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi 0.36 peratus lebih rendah pada Selasa, menjejaki pasaran global bercampur-campur apabila sentimen pelabur bertukar menjadi berhati-hati dalam persekitaran ketegangan perdagangan baharu akibat cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk mengenakan tarif 15 hingga 20 peratus ke atas import Kesatuan Eropah.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Paras rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$120.9 bilion setakat 15 Julai, 2025, berbanding US$120.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Jun, 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) telah memberi maanfaat kepada 239,053 pekebun kecil dengan pembayaran berjumlah RM523.4 juta sejak pelaksanaannya dari September 2015 hingga 30 Jun 2025, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Unit Cahya Mata Sarawak Bhd, iaitu Cahya Mata Cement Sdn Bhd telah menganugerahkan kontrak bernilai RM673 juta kepada Sinoma Industry Engineering (M) Sdn Bhd, untuk membina barisan pengeluaran klinker baharu 6,000 tan sehari di Loji Bersepadu Mambong di Kuching.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2025, meningkat 4.8 peratus kepada RM1.465 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).