BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 4064 berita berdasarkan kata kunci carian " masa"

Forum ERI Edisi Pertama Anjuran ST Raih Sambutan Hebat, Tarik Lebih 600 Peserta

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Forum “Energy Regulatory Insights” 2025 (ERI 2025) berjaya mengatasi sasaran awal 500 peserta apabila mencatatkan 600 orang yang menyertainya, malah sejumlah nama berada dalam senarai menunggu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga (ST) Siti Safinah Salleh.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Kekuatan Ringgit Dorong Sentimen

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, disokong oleh sentimen positif berikutan kekukuhan ringgit meskipun prestasi Wall Street adalah suram.

2025: Detik Perubahan Sektor Minyak Dan Gas Malaysia, Momentum Dijangka Berterusan

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Malaysia melangkah menuju 2026 dengan sektor minyak dan gas yang masih kukuh, namun faktor yang mempengaruhinya sedang berubah lebih cepat berbanding dalam tempoh beberapa dekad lepas.

Sektor Teknologi Malaysia Terus Melonjak Susulan Ledakan AI, Pusat Data Pada 2025

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Sektor teknologi Malaysia terus mengekalkan momentum kukuh pada 2025, dipacu oleh kemajuan pesat dalam bidang kecerdasan buatan (AI) serta ledakan pelaburan pusat data, di tengah persaingan strategik yang semakin sengit antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Batik Air Tambah Penerbangan Terus Dari Pulau Pinang Ke Singapura, Medan

GEORGE TOWN, 8 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini memperluas rangkaiannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerusi pelancaran laluan baharu ke Singapura dan Kualanamu, Medan, sekali gus memperteguh peranan Pulau Pinang sebagai laluan masuk utara dan mengukuhkan kesalinghubungan serantau.

Pengimport Buah Boleh Mohon Pengecualian SST — MITI

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Rakan dagang atau pengimport berhak untuk memohon pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ke atas import buah-buahan secara terus kepada Kementerian Kewangan (MoF), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). 

IOI Properties Lancar Taman Perindustrian Banting Dengan GDV RM1.8 Bilion

‎KUALA LANGAT, 8 Dis (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) hari ini telah melancarkan Taman Perindustrian IOI@Banting yang berkeluasan 130.31 hektar (322-ekar), mencerminkan kemajuan dalam memacu strategi segmen perindustriannya.

Batik Air Perkenal Laluan Ipoh-Singapura Mulai Hari Ini

IPOH, 8 Dis (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air memperluas laluan domestik apabila melancarkan perkhidmatan bagi laluan Ipoh-Singapura mulai hari ini.

Syarikat ASEAN Perlu Hala Tuju, Strategi Jelas Manfaatkan Penggunaan AI - AWS

LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Syarikat-syarikat di ASEAN, termasuk Malaysia, perlu memberi tumpuan kepada matlamat perniagaan yang jelas, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan kepimpinan yang kukuh untuk memaksimumkan manfaat daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) dan awan.

123RF Lancar Keupayaan Carian Video Dikuasakan AI Di Amazon Web Services

LAS VEGAS, 3 Dis (Bernama) -- 123RF, platform kandungan stok media yang berpangkalan di Malaysia, hari ini melancarkan ciri pemahaman video kecerdasan buatan (AI) generatif di Amazon Web Services (AWS), yang direka untuk meningkatkan carian video bagi pengguna di seluruh dunia.

Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia Tingkat Daya Saing Malaysia Di Pasaran Halal US$5 Trilion

KOTA TINGGI, 8 Dis (Bernama) -- Kepimpinan Malaysia dalam ekosistem halal global terus diperkukuh melalui Anugerah Kecemerlangan Halal Dunia 2024 (WHEA 2024), sekali gus meningkatkan lagi daya saing negara dalam pasaran halal global yang berkembang pesat dan diunjurkan mencecah US$5 trilion (US$1 = RM4.10) menjelang 2030.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia susut ketika mengakhiri dagangan pagi ini, diasak aktiviti pengambilan untung walaupun Wall Street mencatat penutupan lebih positif pada Jumaat lepas.