11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan keteguhan pertumbuhan ekonomi pada 2025 walaupun menghadapi cabaran luar, didorong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan, lonjakan pelaburan asing dan pemulihan dalam permintaan teknologi global.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Langkah kerajaan menaikkan gaji penjawat awam serta upah minimum dilihat akan memberi impak positif kepada sektor runcit dan pelancongan, yang banyak bergantung kepada perbelanjaan pengguna.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) --Ringgit dijangka diniagakan sekitar 4.50 berbanding dolar AS minggu depan ketika pasaran menunggu upacara mengangkat sumpah Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baharu, pada 20 Jan, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Datuk Kapten Norazman Mahmud.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang pada 5.1 peratus pada 2024 berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Potensi sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat data sedia ada di Malaysia, menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1tahun ago
PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Halal Development Corporation Bhd (HDC) komited membantu syarikat di Malaysia memahami proses pengurusan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi meningkatkan integriti halal dan memulihkan imej syarikat terlibat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji secara berperingkat tidak akan membawa kepada tekanan inflasi yang berlebihan, kata ketua penyelidikan pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Kenaikan gaji penjawat awam dan pelaksanaan gaji minimum lebih tinggi kekal sebagai faktor utama dalam memacu permintaan dan meningkatkan kemampuan untuk pembelian hartanah di seluruh negara tahun ini, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Standard Chartered (Stanchart) menjangkakan ringgit mencecah paras 4.40 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025, sekali gus mengekalkan prospek positif daripada kedudukan lebih aset kewangan domestik yang lebih baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih rendah, ditekan penjualan ketara saham mewah teknologi dan utiliti yang menjadi tempias daripada kesan penjualan besar-besaran di Wall Street pada Jumaat lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.