8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal dalam tekanan minggu depan, sebahagian besarnya disebabkan oleh kebimbangan berterusan terhadap paras stok domestik yang meningkat ketika permintaan melemah dan pengeluaran yang bertambah baik.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka pulih sedikit minggu depan disokong oleh unjuran positif di tengah-tengah potensi langkah rangsangan China, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
8bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu depan, disokong oleh landskap ekonomi global yang bertambah baik serta kembalinya semula pembelian asing ke bursa tempatan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan, dengan dagangan secara berhati-hati mungkin berterusan berikutan aliran rendah dan ketidaktentuan pasaran global yang berpanjangan.
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu hadapan apabila para pelabur memberi tumpuan kepada keputusan dasar monetari dalam negara dan dari Amerika Syarikat (AS), kata seorang ahli ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pada minggu depan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Delegasi berprofil tinggi dari Jepun akan mengunjungi Malaysia minggu depan untuk membincangkan kerjasama lebih mendalam dalam Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC) bagi mencapai sasaran penyahkarbonan, pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil antara RM4.37 hingga RM4.38 minggu depan berikutan pasaran memfokuskan kepada pelbagai pengumuman data utama Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global dan dinamik geopolitik yang berubah.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengekalkan prospek berhati-hati minggu depan, bergerak dalam jajaran kecil antara 1,513 dan 1,515 berikutan pelabur menunggu kejelasan mengenai respons strategik Malaysia terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini daripada sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei.
9bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Indeks pasaran utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka terus menguji paras psikologi 1,500 mata minggu hadapan, dengan pergerakan berterusan melepasi paras itu berkemungkinan meningkatkan keyakinan pelabur dan menarik aliran masuk asing.
9bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan meningkatnya pengeluaran dan sentimen pasaran yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.