BERITA TERKINI   Liga Super: Terengganu 1-0 Penang | Liga Super: Negeri Sembilan 0-4 JDT | 

Terdapat 607 berita berdasarkan kata kunci carian " pasaran"

Ringgit Naik Berbanding Dolar AS Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Malaysia Gesa Kesimpulan Awal Bagi Semakan AITIGA - PM Anwar

Daripada Rosmalis Anuar

VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kesimpulan lebih awal terhadap semakan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA), ketika Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-21 di sini hari ini.

PM Anwar Gesa Kerjasama ASEAN-Australia Diperkukuh

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kerjasama antara negara anggota ASEAN dan Australia diperkukuhkan, terutama dalam bidang pembangunan modal insan.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Teruskan Aliran Menurun

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurun hari ini untuk ditutup kebanyakannya lebih rendah bagi hari ketiga berturut-turut di tengah-tengah petanda paras stok tinggi di dalam negara, kata seorang peniaga.

Fokus Kerjasama Serantau Dalam Belanjawan Tingkat Kedudukan Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) percaya Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan yang kukuh terhadap kerjasama serantau, khususnya dalam bidang kewangan, kerangkuman kewangan dan perdagangan rentas sempadan.

Public Bank Cadang Ambil Alih 44.5 Peratus Pegangan Dalam LPI Capital Bernilai RM1.72 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.

AirAsia Pacu KLIA Jadi Status Hab Mega LCC Peringkat Global, Umum Lima Laluan Baharu

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- AirAsia Group Bhd (AirAsia) diiktiraf oleh OAG Megahubs Index 2024 selaku penyumbang utama status Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lapangan terbang paling terhubung atau hab mega bagi syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) di peringkat global.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau apabila peniaga memberi reaksi terhadap minit mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed), kata peniaga.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Data Infasi AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mempengaruhi kemajuan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed AS). 

Saham Public Bank, LPI Capital Disambung Semula Dagangan Pada Jumaat

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Saham Public Bank Bhd (Public Bank) dan LPI Capital Bhd (LPI Capital) akan disambung semula dagangan berkuat kuasa 9 pagi esok, menurut makluman berasingan daripada kedua-dua syarikat itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.