Terdapat 843 berita berdasarkan kata kunci carian "sc"

RM44.83 Juta Dibelanjakan Bagi Projek Pembaikan Jalan Ladang Di Sabah, Sarawak Sehingga Jun 2025

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah membelanjakan RM44.83 juta untuk melaksanakan 131 projek pembaikan jalan ladang di Sabah dan Sarawak dari 2022 hingga 30 Jun 2025.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, mengetepikan kelemahan mata wang G10 secara amnya apabila gabungan keyakinan domestik dan dorongan serantau menambah baik sentimen, kata penganalisis.

KLIA, LTAPP Perluas Capaian Global Dengan Lima Perkhidmatan Baharu Pada Jun 2025 - MAHB

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab penerbangan global dengan penambahan lima perkhidmatan udara antarabangsa baharu pada Jun 2025.

Bosch Lantik Darren Chan Sebagai Pengarah Urusan Bagi Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bosch melantik Darren Chan Chon Hoe sebagai Pengarah Urusan Bosch Malaysia berkuat kuasa 1 Julai, 2025, sekali gus menjadi rakyat Malaysia pertama memegang jawatan itu.

Wasco Perkasa PKS Untuk Kesiapsiagaan ESG Menjelang Pelaksanaan NSRF

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Wasco Bhd mengambil langkah awal untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rantaian bekalannya memandangkan Malaysia sedang bersedia untuk melaksanakan pendedahan mandatori alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) di bawah Rangka Kerja Pelaporan Kemampanan Kebangsaan (NSRF).

Kerajaan Akan Pastikan Pelaksanaan Tokenisasi, Aset Digital Bersifat Inklusif - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus memastikan pelaksanaan tokenisasi dan aset digital bersifat inklusif.

Kerajaan Beri Jaminan Sentiasa Pantau Harga Makanan Pasca Peluasan SST -- Lim

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan sentiasa memantau harga barangan terutamanya makanan bagi memastikan kos sara hidup tidak meningkat susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuatkuasa bulan ini.

BCX, UEM Lestra Meterai MoC Untuk Lelongan Pertama CRESS

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Bursa Malaysia Bhd, Bursa Carbon Exchange (BCX) telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) dengan UEM Lestra Bhd, unit milik penuh UEM Group Bhd untuk merintis lelongan Kontrak Bekalan Tenaga Dua Hala (BESC) pertama di Malaysia di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).

RMK-13 Sasar Pertingkat Daya Saing Malaysia Menerusi Pembuatan Bernilai Tinggi - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dijangka meningkatkan daya saing Malaysia dengan mempromosikan pembuatan bernilai tinggi menerusi dasar mesra perniagaan dan pelabur, kata ahli ekonomi.

Tarif, Ketidaktentuan Dalaman Dan Luaran Bayangi Separuh Pertama 2025 Sektor Perkapalan

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) – Pemain industri perkapalan Malaysia mengemudi separuh pertama 2025 secara berhati-hati dalam mendepani cabaran pasaran serta beroperasi dalam persekitaran kompleks yang memerlukan strategi lebih cermat dan berhemat.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini, menjejaki penurunan mata wang Amerika Syarikat (AS) disebabkan ketidaktentuan pasaran harga menjelang keputusan mengenai tarif oleh AS pada 1 Ogos depan.

RUU Kredit Pengguna 2025 Dilulus, SKP Selaras Landskap Kredit Pengguna Negara

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Kredit Pengguna (RUUKP) 2025 bagi melindungi kepentingan pengguna kredit dalam negara.