1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan dalam julat kecil dan mengakhiri dagangan dengan lebih rendah pada Isnin susulan fasa konsolidasi selepas mencatat aliran peningkatan selama dua hari berturut-turut, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini disebabkan kejatuhan pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah kebimbangan mengenai ekonomi China yang perlahan dan konflik di Timur Tengah yang makin meningkat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) menyifatkan sasaran defisit fiskal Malaysia sebanyak tiga peratus menjelang 2026 adalah “kekal mencabar tetapi boleh dicapai”.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih ekuiti Malaysia bagi minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk dana bernilai RM271.5 juta pada minggu lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia bagi Ogos 2024 mereda kepada 1.9 peratus, dengan Indeks Harga Pengguna (IHP) mencecah 133.2, berbanding 130.7 pada bulan yang sama tahun sebelum itu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini, disokong oleh jangkaan aliran masuk dana asing ke pasaran ekuiti Malaysia, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah hari ini dan dijangka mengekalkan trend meningkat berikutan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu lepas yang memberi petunjuk pertumbuhan ekonomi AS lembap tanpa menghadapi risiko kemelesetan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 dianggap berjaya, selepas segmen mayanya meraih jualan RM347 juta setakat ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Ramai pengguna sedang mempertimbangkan sama ada membeli iPhone 16 terbaharu di pasaran tempatan adalah pilihan kewangan yang lebih baik dengan mengambil kira turun naik nilai ringgit berbanding nilai mata wang utama seperti dolar Amerika Syarikat (AS) dan dolar Singapura.
1tahun ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia perlu memberikan lebih tumpuan ke atas perkakasan dan perisian pengkomputeran hijau agar seiring dengan kemajuan dalam infrastruktur teknologi maklumat (IT) jika mahu terus menarik pelaburan pusat data global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan prospek pertumbuhan eksport yang positif dengan mengunjurkan kadar pertumbuhan pada 7.3 peratus tahun ini berdasarkan petunjuk semasa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Loob Holding Sdn Bhd, pemilik jenama teh gaya hidup Tealive, merancang untuk mengukuhkan portfolio luar negaranya dengan menyasarkan untuk menembusi pasaran Indonesia tahun depan.