Terdapat 3093 berita berdasarkan kata kunci carian " kerajaan"

Ringgit Diunjur Kekal Kukuh - Ketua Ahli Ekonomi AMRO

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.

Malaysia Dijangka Capai Sasaran Defisit Fiskal 4.3 Peratus Pada 2024 - OCBC

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- OCBC Global Market Research menjangka Malaysia akan mencapai sasaran defisit fiskal sebanyak 4.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini dan menjangka kerajaan menyasarkan defisit lebih kecil antara 3.5 dan 3.8 peratus pada 2025.

Politik Stabil, Dasar Kerajaan Tarik Minat Syarikat Global Melabur Di Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI yang meyakinkan terbukti berjaya menarik syarikat-syarikat teknologi besar global untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

Belanjawan 2025 Fokus Sektor Ekonomi, Teruskan Agenda Reformasi Struktur Negara

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memberi keutamaan kepada sektor ekonomi dengan meneruskan agenda reformasi struktur dalam negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Penyertaan Malaysia Dalam BRICS Buka Akses Pasaran Baharu Kepada Johor Melalui JS-SEZ

ISKANDAR PUTERI, 3 Okt (Bernama) -- Penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS akan membuka akses kepada pasaran baharu sekali gus meningkatkan pelaburan asing ke dalam negeri dan juga negara, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Asas Ekonomi Kukuh Antara Faktor Sokong Pertumbuhan Ringgit - Gabenor

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Filipina Giat Tinjau Peluang Usaha Sama Pembangunan Lapangan Terbang

Daripada Kisho Kumari

MANILA, 3 Okt (Bernama) -- Filipina sedang giat meninjau peluang usaha sama bagi pembangunan lapangan terbang di negara itu.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula daripada penurunan semalam pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh aktiviti belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran serantau yang pulih, kata penganalisis.

Kos Meningkat, Penggiat Industri Hotel Mahu Kerajaan Tangani Kadar Caj Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kalangan penggiat Industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.

TNG Digital Gesa Kerajaan Lanjutkan Pengecualian SST Perkhidmatan Digital

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pengendali TNG eWallet, TNG Digital Sdn Bhd menggesa kerajaan agar kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas perkhidmatan digital dalam Belanjawan 2025.

Konglomerat Indonesia Puji Tindakan Afirmatif Anwar Jaga Kepentingan Bumiputera

Oleh Muhammad Adil Muzaffar Mohd Fisol

PUTRAJAYA, 2 Okt (Bernama) -- Pendekatan dasar tindakan afirmatif oleh pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjaga kepentingan kaum Bumiputera dilihat sebagai satu langkah positif, kata bekas Menteri Ekonomi Indonesia, Chairul Tanjung.

Kerajaan Malaysia Dinamakan Penerbit Bon Utama Keseluruhan Pada Suku Ketiga 2024

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai penerbit bon utama keseluruhan oleh Bond Pricing Agency Malaysia Sdn Bhd (BPAM) dalam laporan Bond League Tables BPAM untuk suku ketiga 2024, dengan sejumlah RM55.68 bilion diterbitkan.