BERITA TERKINI   Kadar pengangguran Malaysia bagi November 2025 mencatat penurunan kepada 2.9 peratus, iaitu tahap terendah dalam 11 tahun – DOSM | Kurikulum Persekolahan baharu dilaksana secara berperingkat, tekankan pendidikan manusiawi dan integrasi teknologi digital - Fadhlina | KPM aktifkan Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji semula keperluan PT3, UPSR - Fadhlina | 

Terdapat 3120 berita berdasarkan kata kunci carian " amerika syarikat"

Top Glove Jangka Kembali Catat Keuntungan Menjelang 2025

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan, Top Glove Corporation Bhd jangka akan mencatatkan keuntungan semula menjelang tahun kewangan 2025 selepas didorong oleh peningkatan jumlah jualan dan kadar penggunaan yang lebih baik.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Buru Saham Harga Rendah

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.

Top Glove Kurangkan Kerugian Bersih Kepada RM61.81 Juta Bagi Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd (Top Glove) berjaya mengurangkan kerugian bersihnya kepada RM61.81 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2024 daripada RM925.22 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Sarawak Sedia Terajui Usaha Galakkan Ekonomi Mampan Global - Abang Johari

KUCHING, 10 Okt (Bernama) -- Sarawak bersedia untuk mempelajari serta menerajui ekonomi mampan global menerusi pembangunan tenaga hijau dan boleh diperbaharui, pertanian lestari serta inovasi digital.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Turun 5.2 Peratus Pada Ogos - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia turun sebanyak 5.2 peratus kepada 35,979 tan metrik pada Ogos 2024 berbanding 37,960 tan dicatatkan semasa Jun 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Semakin Menarik Kepada Pelabur Asing - UBS Global Research

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menjadi semakin menarik kepada pelabur asing atas beberapa faktor, seperti kestabilan politik negara dan prestasinya dalam melaksanakan tanggungjawab fiskal, menurut UBS Global Research. 

ASEAN+3 Hadapi Cabaran Kenaikan Semula Inflasi, Ketidaktentuan Geopolitik - AMRO

SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3, dalam jangka masa terdekat, perlu terus berhati-hati terhadap risiko berkaitan dengan peningkatan semula inflasi, ketegangan geopolitik yang semakin buruk serta kelembapan pertumbuhan global, yang boleh mencabar daya tahan sistem kewangan rantau ini.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari dengan indeks petunjuk utama meningkat sebanyak 0.48 peratus, didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran prestasi lebih kukuh dalam pasaran serantau.

Hartalega Dijangka Raih Manfaat Susulan Semakan Tarif AS Terhadap Produk Sarung Tangan China

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd dijangka mendapat manfaat daripada semakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) diumumkan baru-baru ini terhadap pembuat sarung tangan China.

Tatakelola Baik. Dasar Jelas Pacu Pertumbuhan Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi yang positif yang dicatatkan kebelakangan ini adalah hasil tatakelola yang semakin baik bersama dengan penggubalan dasar yang jelas terutama dalam sektor perindustrian, transformasi digital, tenaga dan semikonduktor.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.

Malaysia Di Landasan Raih Bahagian Penting Pasaran Digital Global - Gobind

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Malaysia kini di landasan tepat bagi menguasai bahagian penting dalam pasaran digital global, seiring jangkaan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.