BERITA TERKINI   Ekonomi membangun harus menyokong pakatan baharu seperti BRICS dan tidak perlu mengeluh dengan kegagalan negara-negara utama yang tidak konsisten dalam menyokong orde antarabangsa berasaskan peraturan - PM Anwar | Badan pemikir Turkiye, SETA dan ISIS Malaysia bakal wujudkan kerangka kerjasama untuk perkukuh hubungan dua hala - PM Anwar | Isu penangguhan LRT3: Prasarana akan berjumpa kontraktor utama minggu depan untuk menentukan jangka masa seterusnya - Loke | Bilangan gangguan perkhidmatan rel Prasarana berkurangan kepada 31 pada 2025 berbanding 71 pada 2024 - Loke | Prasarana catat 1.63 juta perjalanan penumpang harian pada 31 Dis lepas, tertinggi dalam sejarah penubuhannya - Loke | 

Terdapat 341 berita berdasarkan kata kunci carian " kerajaan negeri"

Penutupan Pejabat MPOB Di Luar Negara Tidak Jejas Usaha Tangani Kempen Anti Minyak Sawit

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) – Penutupan pejabat Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di luar negara tidak menjejaskan usaha menangani kempen anti minyak sawit dan persepsi negatif terhadap komoditi tersebut di pasaran antarabangsa, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Kerajaan Sabah Disaran Miliki Sekurang-kurangnya 30 Peratus Ekuiti Pelaburan Negeri

KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah disaran memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti projek pelaburan negeri dalam usaha memperkasa ekonomi 'Negeri di Bawah Bayu' tersebut.

Kelantan Harap RMK13 Pertimbang Pelaburan Strategik Dalam Sektor Pembuatan

KOTA BHARU, 17 Nov (Bernama) -- Kerajaan Kelantan berharap agar Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menimbangkan pelaksanaan pelbagai pelaburan strategik dalam sektor pembuatan di negeri itu bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat, di samping menarik lebih banyak pelaburan ke Kelantan.

Penduduk, Peniaga Daerah Yan Digalakkan Guna e-Duit Mudahkan Urusan Kewangan

YAN, 16 Nov (Bernama) -- Penduduk dan peniaga di daerah Yan digalakkan melakukan aktiviti jual beli menggunakan pembayaran secara elektronik atau tanpa tunai bagi memudahkan urusan kewangan seharian serta menjadikan hidup lebih mudah dan cekap.

Anggaran Hasil Selangor Diunjur Sebanyak RM2.35 Bln Pada 2025 - Menteri Besar

KUALA LUMPUR, Nov 15 (Bernama) -- Anggaran hasil negeri Selangor diunjur sebanyak RM2.35 billion bagi tahun 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Sabah Catat Imbangan Dagangan RM9.6 Bilion Bagi Tempoh Tujuh Bulan Pertama 2024 - Masidi

KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Sabah mencatatkan imbangan dagangan berjumlah RM9.6 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM11.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

Taman Semikonduktor Kedua Akan Dilancar Awal Tahun Depan – MB Selangor

SHAH ALAM, 15 Nov (Bernama) -- Selangor akan memiliki Taman Reka Bentuk IC Semikonduktor Malaysia keduanya yang akan dilancarkan pada awal 2025 di Cyberjaya, Sepang, kata Menteri Besarnya Datuk Seri Amirudin Shari.

Kerajaan Selangor Bentang Belanjawan 2025 Berjumlah RM3 Bilion

SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.

Malaysia Bersedia Selaras Dasar Selari Permintaan, Industri Baharu - PM Anwar

LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk menyelaraskan dasarnya bagi memenuhi permintaan baharu dan industri yang sentiasa berkembang menerusi pendekatan pelbagai hala untuk terus menarik pelaburan bernilai tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SOP Pengeluaran REE Mampu Kekang Ketirisan - Saarani

IPOH, 14 Nov (Bernama) -- Syor mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung penguatkuasaan serta pengeluaran hasil nadir bumi (REE) merupakan langkah bagi mengekang ketirisan hasil negeri ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Kementerian Kewangan Teliti Pemohonan Bayar Balik ICPT Kepada Sabah Electricity - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Kewangan dan Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air sedang meneliti serta menimbang permohonan bayaran pelepasan kos tidak berimbang (ICPT) kepada Sabah Electricity Sdn Bhd berjumlah RM162 juta bagi tempoh Jun hingga Disember 2023 .

GLC Sabah Meterai Perjanjian Dengan SBH Kibing Bina Kilang Kaca Solar Bernilai RM7.2 Bilion

KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) -- Dua syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Sabah memeterai perjanjian dengan SBH Kibing Solar New Energy (M) Sdn Bhd untuk membangunkan kilang pembuatan kaca solar bernilai RM7.2 bilion di Kimanis.