Terdapat 810 berita berdasarkan kata kunci carian " ahli ekonomi"

Ahli Ekonomi AmBank Unjur Ringgit Cecah 4.27 Menjelang Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Nilai ringgit diunjur mencecah paras 4.27 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir 2025 susulan peningkatan kecil pengukuhan mata wang negara maju itu selain pengurangan sokongan daripada akaun dagangan Malaysia.

Kejayaan Malaysia Bantu Jutaan Rakyat Keluar Dari Kemiskinan Sering Diabaikan - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam menangani kemiskinan melibatkan jutaan penduduk, tanpa mewujudkan kawasan mundur yang kekal, sering kali diabaikan.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Untuk Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun selepas jangkaan meningkat mengenai penurunan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) bulan depan dan menjelang laporan inflasi AS dikeluarkan hari ini.

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Laporan Inflasi AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit menamatkan penurunan dua hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan peningkatan jangkaan mengenai pengurangan kadar faedah di AS bulan depan, dan menjelang laporan penting mengenai inflasi AS esok.

Ringgit Mendatar Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga hari ini dengan mendatar atau tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur terus menunggu pemangkin baharu menjelang pengumuman data inflasi negara maju itu.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan penurunan untuk ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu menjelang data inflasi utama Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.

Ringgit Dibuka Tinggi, Didorong Jangkaan Penurunan Kadar Faedah AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong jangkaan yang semakin meningkat terhadap penurunan kadar faedah AS susulan keyakinan pengguna kian lemah serta kebimbangan terhadap peningkatan harga akibat kenaikan tarif.

Khazanah Masih Berperanan Penting Dalam Ekosistem Modal Teroka Negara

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  Khazanah Nasional Bhd masih mempunyai peranan penting dalam ekosistem modal teroka negara terutamanya dalam menggalakkan keusahawanan dan memacu enjin pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa disebabkan aktiviti pengambilan untung susulan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.73 peratus kepada 98.430.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Kadar Faedah Dijangka Turun Pada September

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong terutamanya oleh ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell dalam Simposium Jackson Hole yang memberi isyarat mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.

Ringgit Tinggi Berbanding Dolar AS Selepas Fed Beri Petunjuk Penurunan Kadar Faedah Pada Sept

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Ringgit meningkat semula, dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell memberi petunjuk mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.

Ringgit Dijangka Terus Mengukuh Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Ringgit dijangka terus mengukuh minggu depan selepas Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell membayangkan mengenai kemungkinan penurunan kadar faedah pada September.