8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sebanyak enam bank menandatangani surat hasrat (LOI) dengan Kementerian Ekonomi hari ini, menyediakan kemudahan kewangan untuk menyokong Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Australia ketika ini sedang berunding dengan Malaysia mengenai perkongsian strategik untuk meningkatkan industri eksport daging halalnya.
8bulan ago
PETALING JAYA, 16 Mei (Bernama) -- Paradigm Real Estate Investment Trust (Paradigm REIT) yang bakal disenaraikan di Pasaran Utama menyasarkan untuk meraih sebanyak RM560 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).
8bulan ago
MELAKA, 15 Mei (Bernama) -- LBS Bina Group Berhad, pemaju hartanah terkemuka memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Oriental Holdings Berhad (OHB) untuk bekerjasama dalam projek pembangunan industri bercampur di Melaka dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM7 bilion.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia yang bermula di Kota Bharu, Kelantan dicadang supaya dilanjutkan ke sempadan Sungai Golok bagi meningkatkan keterhubungan rel di antara Thailand dengan Malaysia, kata Duta Besar Thailand ke Malaysia Lada Phumas.
8bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Unjuran pasaran Malaysia kekal positif susulan penangguhan selama 90 hari rundingan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Firma pemasangan dalaman Signature Alliance Group Bhd (SAG) mahu mengumpulkan sebanyak RM161.2 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO), menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE, Bursa Malaysia BHD pada 5 Jun depan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR,13 Mei (Bernama) -- Visionary Heritage Bhd (VHB), syarikat tujuan khas yang ditaja oleh ISP Holding Sdn Bhd menyelesaikan terbitan sulung Sukuk Wakalah Hijau ASEAN berjumlah RM114 juta di bawah program Sukuk Wakalah ABS berasaskan aset industri kelestarian bernilai RM2 bilion.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) – The Oryx Stainless Group (Oryx), salah satu pembekal bahan keluli tahan karat kitar semula terkemuka dari Belanda telah membuka kemudahan terbarunya di Johor.
8bulan ago
JOHOR BAHRU, 9 Mei (Bernama) -- Johor yakin dapat mencapai pelaburan langsung asing (FDI) berjumlah hampir RM60 bilion menjelang suku kedua tahun ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia pada suku pertama 2025 mencatatkan pertumbuhan nilai kerja pembinaan sebanyak 16.6 peratus tahun ke tahun dengan nilai berjumlah RM42.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Mei (Bernama) -- Indeks harga pasir mencatatkan peningkatan iaitu antara 0.1 peratus hingga 3.8 peratus bagi kebanyakan kawasan di Malaysia pada April 2025 berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).