1bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran pada minggu-minggu akan datang, kata peniaga minyak sawit David Ng.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi hari ini selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengurangkan kadar faedah untuk kali ketiga tahun ini, menjadikan emas sebagai aset selamat yang lebih menarik kepada pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Langkah Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) untuk menaik taraf status Malaysia kepada status “Regular Follow-Up” iaitu kategori tertinggi di bawah proses penilaian bersama, mencerminkan komitmen dan usaha menyeluruh negara, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Ambest Group Bhd yang beribu pejabat di Pulau Pinang menyasarkan untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada suku pertama tahun depan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 11.4 peratus kepada 29,673 tan pada Oktober 2025 daripada 26,647 tan pada September 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat pada sesi pagi, disokong sentimen pasaran yang lebih positif susulan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dan seiring dengan kenaikan pasaran Wall Street semalaman.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Penganalisis menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar penanda aras pada 2.75 peratus pada 2026 walaupun bank pusat Amerika Syarikat membuat pengurangan kadar terbaharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd berazam mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian biotenaga bersepadu khusus susulan peningkatan permintaan teknologi penyahkarbonan di rantau ini.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, didorong oleh keyakinan di pasaran serantau dan peningkatan di Wall Street berikutan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
1bulan ago
Oleh Niam Seet Wei
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Tempoh 2025 akan diingati sebagai “tahun tarif”, dengan pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengejutkan pasaran di seluruh dunia, malah Malaysia tidak terkecuali.
1bulan ago
IPOH, 10 Dis (Bernama) -- Perak telah mewujudkan pangkalan tenaga boleh baharu (TBB) yang berpotensi besar untuk pengembangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Hamzah Hussin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.